awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lereng bukit setinggi 20 kaki runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan Vietnam 'rompak' gamat dicekup

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2021
23:14 MYT
Nelayan Vietnam 'rompak' gamat dicekup
Bot dinaiki lima nelayan warga Vietnam ditahan pada jarak 41.2 batu nautika dari muara Tok Bali pada Isnin. -Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Lima nelayan warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana 'merompak' hasil laut negara iaitu 50 kilogram (kg) gamat di perairan negeri ini pada Isnin.
Nelayan berusia 17 hingga 34 tahun itu ditahan pada jarak 41.2 batu nautika dari muara Tok Bali sekitar jam 10.40 malam.
Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, semasa melakukan rondaan, dua aset pasukan mengesan sebuah bot nelayan yang bergerak dalam keadaan mencurigakan pada jam 6.50 petang.
"Kita mengesan bot itu pada jarak 8.9 batu nautika dari sempadan negara Thailand. Menyedari diekori aset Maritim Malaysia, bot tersebut melarikan diri ke kawasan perairan sempadan Thailand," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, selepas hampir tiga jam, pihaknya berjaya menahan bot tersebut untuk membuat pemeriksaan.
Selain gamat katanya, Maritim Malaysia Kelantan turut menemui kira-kira 1,000 liter bahan api dan peralatan menangguk gamat dianggarkan bernilai RM400,000.
Syed Nor Adli berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Kesemua mereka ditahan dan bot mereka dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985," ujarnya.
Tambah beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagaimanapun mengesahkan kesemua suspek negatif Covid-19.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nelayan vietnam
#Maritim Malaysia
#Syed Nor Adli Syed Ab Rahman
#rompak hasil laut negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan