awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan warga emas dikhuatiri hilang di perairan Kuala Gula

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/10/2021
06:40 MYT
Nelayan warga emas dikhuatiri hilang di perairan Kuala Gula
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, operasi itu diaktifkan jam 9.30 malam tadi susulan laporan polis yang dibuat oleh adik ipar mangsa. - Foto Maritim Malaysia
KUALA KURAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan bersama sebuah sampan yang dikhuatiri hilang di perairan Kuala Gula, di sini, petang semalam.
Kehilangan mangsa, seorang warga tempatan, Ch’ng Poh Chuan, 71, disedari adik iparnya apabila mangsa tidak pulang ke rumah setelah keluar ke laut.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, operasi itu diaktifkan jam 9.30 malam tadi susulan laporan polis yang dibuat oleh adik ipar mangsa.
Katanya, menurut pengadu, mangsa keluar ke laut kira-kira jam 11 pagi semalam dengan menaiki sebuah sampan dengan nombor pendaftaran PKS 3033.
“Barang-barang peribadi mangsa telah ditemui terapung dan tersangkut di sebuah sangkar ikan di perairan Kuala Gula,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Mohd Sharenliza, pihaknya telah menerima laporan penemuan mayat lelaki terapung di perairan Tanjung Piandang kira-kira jam 10.15 malam, tetapi ia bukan mayat mangsa yang dicari.
Katanya, mayat tanpa identiti itu kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Kuala Kurau untuk tindakan selanjutnya.
Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin melakukan aktiviti di laut supaya mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan di samping merujuk ramalan cuaca.
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#operasi mencari
#Kuala Kurau
#nelayan hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan