[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
KINI-TRENDING

Nelly lakar sejarah tersendiri di Kurdistan, Iraq

Umaira Uyop 14/03/2015 | 14:21 MYT
Konsert amal Nelly di Kurdistan sebar mesej keamanan. -Sumber gambar contactmusic.com
Penyanyi rap antarabangsa, Nelly mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis dari Amerika Syarikat yang pertama membuat persembahan di wilayah Kurdistan, Iraq.
Persembahan itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial terutama Twitter.
Pemenang Grammy itu berada di sana bagi menjayakan konsert amal dalam sokongannya pada Yayasan Rwanga.
Konsert yang diadakan di Erbil, wilayah autonomi Kurdistan di Iraq, bertujuan untuk menyebarkan mesej keamanan.
Bintang 'Arab Idol', Ammar Koofy turut berkongsi pentas menjayakan persembahan.
Ini antara reaksi yang diterima peminat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain itu, peminat dan media tidak ketinggalan berkongsi momen bersama Nelly yang dirakamkan sewaktu acara berlangsung.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hasil jualan tiket disalurkan bagi membantu mangsa perang terkesan dengan konflik yang melanda wilayah itu.
Wilayah autonomi Kurdistan, Iraq kini menjadi benteng pertahanan akhir dalam usaha menyekat kemaraan militan IS di Iraq.
#Iraq #Kurdistan #nelly