Seorang nenek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan cucunya yang berusia empat tahun pada tahun lepas.
Suri rumah berusia 52 tahun itu didakwa mencederakan bahagian kaki cucu lelakinya itu dengan sebatang rotan bulu ayam di sebuah rumah di Taman Cheng Mutiara, Cheng di sini, pada 10 malam, awal November 2019.
Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan wanita itu diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Rayay, Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala tertuduh diwakili peguam K. Ramalingam.
Mahkamah menetapkan 15 Sept depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 14 2020

Suri rumah berusia 52 tahun itu didakwa mencederakan bahagian kaki cucu lelakinya itu dengan sebatang rotan bulu ayam di sebuah rumah di Taman Cheng Mutiara, Cheng di sini, pada 10 malam, awal November 2019. -Gambar hiasan

AWANI Ringkas: PM ucap Selamat Hari Thaipusam | DPMM agih bantuan ke negeri dilanda banjir

AWANI Ringkas: Pasukan khas pantau SOP | Anwar: Darurat punca FDI merosot

Thaipusam: Pergerakan pedati Perak P.Pinang diluluskan MKN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang pergerakan ke Kuil Nattukottai Chettiar, di Jalan Air Terjun di sini.

Orang ramai diminta tidak menjerat babi hutan elak ia bertindak ganas
Sesiapa yang mengesan kehadiran babi hutan di sesuatu kawasan perlu membuat aduan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.16 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 427,000 kes.

Tambahan bot pemintas, peronda bantu mantapkan tugas APMM di perairan Perak
Bot pemintas Benteng 1206 diterima APMM Perak bulan lepas manakala bot peronda Perkasa 1223 pada awal tahun ini.

COVID: Lelaki Malaysia antara tiga kes import baharu bergejala di Singapura
Dilabelkan sebagai Kes 59676, pemegang permit kerja itu tiba di sini dari negara asalnya.

Jelajah dunia akhir: Nasib berbeza buat pemain negara
Zii Jia yang menduduki ranking ke-10 dunia, bangkit dari kekalahan 16-21 pada set pertama untuk mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-12 pada perlawanan yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok.

MBAM minta kerajaan beri subsidi bagi kos berkaitan COVID-19 melibatkan pekerja asing
Ia bertujuan meringankan beban industri pembinaan dan menggalakkan ujian saringan besar-besaran dengan menggunakan peralatan pada harga yang berpatutan.

Kepadatan penduduk antara faktor kes COVID harian tinggi di Selangor
Seluruh penduduk di Selangor harus kekal berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Nenek didakwa cederakan cucu guna rotan bulu ayam
Seorang nenek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan cucunya yang berusia empat tahun pada tahun lepas.