awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek ditahan bersama mercun rampasan

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2013
02:41 MYT
Nenek ditahan bersama mercun rampasan
Polis menahan dua beranak termasuk seorang wanita berpangkat nenek serta merampas pelbagai jenis mercun di perkarangan Masjid Kampung Sungai Udang, Dungun, Terengganu. Suspek, nenek berusia 55 tahun itu pernah dikenakan tindakan dua tahun lalu atas kesalahan yang sama. Dia ditahan bersama anak perempuannya dalam operasi yang diadakan pada malam tadi. Selain mereka, seorang saudara lelaki suspek yang berusia 22 tahun turut ditahan. Sebelum itu, bertindak atas maklumat awam, polis menyerbu kawasan masjid dan memberkas suspek yang berada di dalam sebuah kereta. Hasil pemeriksaan di bahagian belakang tempat duduk dan bonet belakang kenderaan berkenaan polis menjumpai pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM9,000. Kedua beranak berasal dari Paka manakala suspek lelaki dari Kemaman mendakwa bekalan mercun diperolehi dari pembekal di Kota Bahru, Kelantan. Mereka mendakwa singgah di masjid berkenaan untuk menunaikan solat. Kesemua suspek akan didakwa mengikut seksen 8 Akta Bahan Letupan 1957 . Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda dan penjara atau kedua-dua sekali.
Topic Berkaitan
#Dungun
#Masjid Kampung Sungai Udang
#mercun
#nenek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan