awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek lemas, menantu dan cucu masih hilang

Rohana Wahed
Rohana Wahed
25/05/2018
14:36 MYT
Nenek lemas, menantu dan cucu masih hilang
Mayat Lenny berjaya ditemui di tebing sungai berdekatan Rumah Panjang Gani kira-kira 12.30 tengah hari tadi. - Foto ihsan JBPM Sarawak.
Keterujaan seorang nenek untuk meraikan Gawai Dayak bersama anak menantu dan cucunya yang pulang dari perantauan berakhir tragedi apabila bot mereka naiki dipukul ombak sebelum karam di Sungai Nanga Entabai di Julau, Sarawak hari ini.
Mangsa Lenny Ingang, 46 dan suami menjemput anak lelakinya bersama menantu serta cucunya dari Kuala Lumpur untuk pulang bercuti ke Rumah Panjang Gani.
Bagaimanapun, suami dan anak mangsa selamat selepas berjaya berenang ke tebing.
Sementara, mayat Lenny dijumpai di tebing sungai berdekatan Rumah Panjang Gani kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
Usaha mencari dan menyelamat menantu dan cucu mangsa masih giat dijalankan dengan dibantu penduduk tempatan. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Usaha mencari dan menyelamat menantu dan cucu mangsa masih giat dijalankan dengan dibantu penduduk tempatan. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Manakala menantunya Ebilini Linty Kaya, 23 tahun dan cucu Kelvin Sama Markus, 6 tahun masih belum ditemui.
Ini merupakan tragedi kedua di Sungai Nanga Entabai apabila dua hari lalu, seorang warga emas berusia Anjan Nyua, 66 juga hilang ketika mengayuh perahu di sungai sama, sekembalinya daripada majlis pra-Gawai di sekolah berhampiran dan belum ditemui sehingga kini.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Norhisham Mohamed ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 9.33 pagi tadi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diperluas sehingga ke Sungai Kanowit di Nanga Ensurin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak giat menjalankan operasi SAR. - Foto ihsan JBPM Sarawak
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak giat menjalankan operasi SAR. - Foto ihsan JBPM Sarawak
Katanya, kejadian dikatakan berlaku kira-kira 50 meter dari jeti rumah panjang mangsa.
"Mangsa bersama suami menjemput anak, menantu dan cucunya balik Gawai.
"Ini merupakan tragedi balik Gawai kedua yang berlaku di kawasan ini dalam tempoh tiga hari," katanya.
Topic Berkaitan
#bot
#Gawai Dayak
#Julau
#karam
#lemas
#Lenny Ingang
#Sarawak
#Sungai Nanga Entabai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan