awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek maut cuba selamatkan cucu dari dilanggar kereta

Bernama
Bernama
05/10/2014
23:33 MYT
Nenek maut cuba selamatkan cucu dari dilanggar kereta
Cucu perempuan mangsa, Nurbayah Saptal yang berusia lima tahun turut mengalami cedera parah di kepala. - Gambar Hiasan
Seorang wanita warga emas maut dirempuh kereta apabila cuba menyelamatkan cucunya yang melintas jalan raya di Batu 2, Jalan Lintas Utara di sini Ahad.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata dalam kejadian 2 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Garatiah, 70, mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Duchess Of Kent di sini.
Zabidi berkata cucu perempuan mangsa, Nurbayah Saptal yang berusia lima tahun turut mengalami cedera parah di kepala dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi di hospital sama.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa sebuah kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah bandar Sandakan ke Batu 7 terlanggar kedua-dua mangsa yang berada di tengah jalan pada masa itu," katanya.
Beliau berkata kemalangan berlaku apabila cucu Garatiah tiba-tiba berlari melintas dari kiri ke kanan jalan, kemudian disusuli oleh Garatiah yang cuba menyelamatkan cucunya sebelum kedua-duanya dilanggar.
Katanya kedua-dua mangsa dihantar ke hospital oleh pemandu kereta berusia 30 itu.
Zabidi berkata pemandu kereta itu, seorang lelaki telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Topic Berkaitan
#ACP Zabidi Mohd Zain
#kemalangan
#PDRM
#polis
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan