awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek melecur cuba selamatkan barang dalam rumah terbakar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/06/2019
13:08 MYT
Nenek melecur cuba selamatkan barang dalam rumah terbakar
Apabila api marak dengan cepat, mangsa melarikan diri keluar dari rumah dan orang ramai cuba memadamkan api tetapi tidak berjaya. Foto JBPM Perak
Seorang nenek melecur 20 peratus apabila cuba menyelamatkan barangan peribadi di dalam rumah yang sedang terbakar di Kampung Baru Bidor, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharudin Wan Ismail berkata, Lim Sai Guik, 58 tahun, kini dirawat di Hospital Pantai, Ipoh.
Menurutnya, kejadian bermula jam 10.15 pagi apabila rumah yang didiami mangsa bersama suami dan dua cucunya mula terbakar.
“Apabila api marak dengan cepat mangsa telah melarikan diri keluar dari rumah dan orang ramai cuba memadamkan api tetapi tidak berjaya.
“Dalam keadaan api merebak dengan cepat, mangsa cuba masuk kembali ke dalam rumah untuk menyelamatkan barang-barang peribadi dan telah mendapat kecederaan di bahagian belakang badan dan bahu sebelah kanan melecur kena api,” katanya di sini.
 Kejadian bermula jam 10.15 pagi apabila rumah yang didiami mangsa bersama suami dan dua cucunya mula terbakar. - Foto JBPM Perak
Kejadian bermula jam 10.15 pagi apabila rumah yang didiami mangsa bersama suami dan dua cucunya mula terbakar. - Foto JBPM Perak
Kebakaran itu turut melibatkan dua buah rumah lagi yang terletak bersebelahan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Sivanesan (kiri) bertanya khabar kepada penduduk kawasan itu. - Foto Pejabat Exco
Sivanesan (kiri) bertanya khabar kepada penduduk kawasan itu. - Foto Pejabat Exco
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan yang melawat mangsa kebakaran menghulurkan bantuan segera RM4,000.
Topic Berkaitan
#barangan peribadi
#Bidor
#bomba
#JBPM
#kebakaran
#melecur
#selamat
#Tapah
#Wan Azharudin Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan