Netanyahu tegas akan teruskan tindakan keganasan ke atas Gaza

Astro Awani
Mei 16, 2021 22:22 MYT
Tegas Netanyahu, Israel kini mempunyai sokongan kukuh dari Amerika Syarikat dan Presiden Joe Biden. -REUTERS
GAZA: Pemimpin rejim zionis Israel, Benjamin Netanyahu akan meneruskan tindakan keganasan ke atas Gaza biarpun dengan gesaan gencatan senjata daripada pelbagai pihak.
Netanyahu berkata serangan akan diteruskan dengan kekuatan penuh dan akan mengambil masa yang lama.
Menurutnya, tentera rejim zionis Israel telah melakukan 1,500 serangan keganasan ke atas Palestin dalam beberapa hari lepas.
Tegas Netanyahu, rejim zionis itu kini mempunyai sokongan kukuh dari Amerika Syarikat dan Presiden Joe Biden.
Pada Ahad, serangan ganas tentera Israel telah mengakibatkan tiga bangunan runtuh dan membunuh 42 orang.
Serangan itu adalah yang terburuk sejak perang tercetus minggu lepas.
#Palestin #Israel #keganasan #Benjamin Netanyahu #serangan #Amerika Syarikat #Joe Biden #rejim Zionis #Gaza #Zionis #tentera