Netizen puji pemegang ijazah pilih jadi tukang cuci rumah

Kohilah Sekaran
Ogos 8, 2017 02:19 MYT
Keadaan ekonomi yang sukar telah memaksa sejumlah anak muda negara untuk mengambil pekerjaan sebagai pembersih domestik. - Facebook Maideasy
Kesukaran pemegang ijazah dalam mencari pekerjaan bukan perkara yang baharu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pekerjaan yang setaraf dengan pengajian mereka.
Keadaan ekonomi yang sukar telah memaksa sebilangan kecil anak muda negara untuk melakukan kerja-kerja pembersihan domestik.
Baru-baru ini, kisah seorang pemegang ijazah bidang kejuruteraan memilih bekerja sebagai tukang cuci selepas gagal mencari pekerjaan setaraf kelulusannya mendapat perhatian orang ramai.
Siti Nursyazalina Zailani, 26, menjadi tukang cuci rumah sejak hampir setahun lalu kerana desakan semasa hidup di Kuala Lumpur dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Netizen rata-rata memuji sikap anak muda ini yang tidak memilih pekerjaan dan mengambil cabaran untuk bekerja dalam sektor 'Dirty, Difficult and Dangerous' atau 3D.

janji kerja yg halal dik. semoga Allah berkati setiap titik peluh anda

— akarbina.webs.com (@akarbina) August 3, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak ramai yg nak kerja tukang cuci.ini kali solute!

— syahir mohamad (@AhmadSy61587207) August 3, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Portal The Malaysian Insight melaporkan, graduan itu menyertai sebuah agensi perkhidmatan membersih kediaman yang beroperasi menggunakan aplikasi, Maideasy.
Bagaimanapun, upah yang diterima Nursyazalina setiap bulan dikatakan berbaloi untuk seorang pemegang ijazah yang baru masuk ke pasaran kerja.
“Saya tertarik dengan kerja ini kerana waktu kerjanya yang fleksibel dan kalau rajin, kita boleh dapat kira-kira dua ribu ringgit (RM2,000) lebih sebulan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Selain graduan kejuruteraan itu, ramai lagi golongan muda dipercayai menyertai agensi ini sebagai kerja tetap dan juga sambilan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maideasy Azrul Rahim dipetik portal itu sebagai berkata, bilangan pelajar universiti mengambil pekerjaan di agensi itu semakin meningkat.
"Untuk mendapatkan pekerja Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah pada mulanya sangat sukar, saya terpaksa meminta mereka untuk menerima pekerjaan ini."
"Tetapi akhirnya, ramai di antara mereka sanggup melakukannya apabila mereka sedar mereka boleh menjana pendapatan dua, malah tiga kali lebih banyak daripada pendapatan di restoran makanan segera."
#anak #Kuala Lumpur #Maideasy #Malaysia #Siti Nursyazalina Zailani #tukang cuci