Netizen tanya status halal produk Khairul Aming, ini jawapan tuan punya badan

Gempak
Februari 20, 2024 05:18 MYT
Ramai netizen memberi sokongan kepada Khairul Aming dalam usaha memiliki sijil halal untuk produk keluarannya. - Foto Gempak
FENOMENA produk keluaran pempengaruh dan pencipta kandungan Khairul Aming membadai pengguna tempatan bak ‘tsunami’.
Selepas kejayaan Sambal Nyet Berapi, kini giliran Dendeng Nyet Berapi menjadi rebutan pengguna.
Masakan tidak, dalam tempoh sekitar tiga minit, 80,000 pek pertama Dendeng Nyet Berapi habis terjual, memberikan pulangan lebih RM1.2 juta ketika ia dilancarkan.
Sungguhpun begitu, netizen masih tertanya-tanya mengenai status halal produk milik Khairul Aming. Dan menerusi platform X, tuan empunya badan memberikan perkembangan terkini.
Menurut usahawan itu, sebagai langkah pertama, syarikatnya telah pun mendapatkan sijil MeSTI bagi memastikan keadaan kilangnya bersih dan juga selamat.

Step by step. First dapatkan MeSTI cert untuk pastikan kilang bersih dan selamat approved by KKM. yang ni makan masa 2 tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch. bukan sehari dua nak siapkan kilang sebab nak setup flow, purchase mesin, renovation, expansion etc. but https://t.co/eQ9o33ef6y pic.twitter.com/zIJMJb6Nhe

— Khairulaming (@khairulaming) February 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meninjau ruangan balasan, ramai yang memberikan sokongan kepada Khairul Aming dalam usaha memiliki sijil halal.
Ujar mereka, proses untuk mendapatkan sijil MeSTI juga bukanlah sesuatu hal yang senang kerana perlu melalui proses audit yang banyak.
#Dendeng Nyet Berapi #Khairul Aming #Halal #sijil MeSTI