GADGETS

Netizen teruja pembuat kereta Tesla bakal keluarkan produk panel solar

Syafique Shuib 01/11/2016 | 23:39 MYT
Solar Roof merupakan satu usaha untuk mengurangkan pencemaran dan mengurangkan kos kepada pengguna. -REUTERS/Nichola Groom
SYARIKAT pembuat kereta elektrik Tesla membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa syarikat itu akan menghasilkan panel solar.

Ia dikatakan sebagai satu usaha untuk mengurangkan pencemaran dan mengurangkan kos kepada para pengguna.

Memetik laporan Bloomberg, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk berkata produk ini dikenali sebagai Solar Roof yang kelihatan seperti jubin bumbung biasa.

Pengguna boleh memilih dari empat reka bentuk mengikut citarasa masing-masing.

Dengan produk ini, pengguna tidak perlu bergantung kepada bekalan elektrik luar.

Ini kerana ciri Powerwall 2 (power bank) itu mampu membekalkan kuasa kepada sebuah rumah dua bilik (14 kWh) untuk sepanjang hari, atau rumah empat bilik untuk sepanjang malam.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Media antarabangsa turut melaporkan bahawa sistem ini dijangka lebih murah berbanding dengan panel solar konvensional.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Solar Roof ini akan dihasilkan oleh SolarCity Corp di mana Musk turut bertindak sebagai pengerusi.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi tentang harga Solar Roof namun harga Powerwall 2 ialah AS$5,500 (RM22,974.05)
#Solar Roof #SolarCity #Tesla