MALAYSIA
Nga seru kerjasama global dan tempatan dalam Forum Datuk Bandar dunia di Vienna
Keaktifan delegasi Malaysia di WCS 2025 menzahirkan komitmen negara dalam memacu penyelesaian bandar yang berpaksikan rakyat di peringkat global. - Foto KPKT
VIENNA: Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam kepimpinan global pembangunan bandar mampan apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, selaku Presiden Perhimpunan Habitat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHA), menyampaikan ucapan khas di Forum Datuk Bandar ke-14 sempena World Cities Summit (WCS) 2025 di Vienna, Austria.
Forum berprestij itu menghimpunkan lebih 75 datuk bandar dan pemimpin bandar antarabangsa, menjadi pentas penting bagi pertukaran idea dan strategi demi masa depan bandar yang mampan, boleh didiami dan berdaya tahan.
Dalam ucapannya, Nga menegaskan kepentingan kerjasama antarabangsa yang berpaksikan pelaksanaan tempatan, menyeru agar perkongsian antara bandar bergerak daripada dialog kepada pelaksanaan konkrit dengan sasaran jelas dan hasil boleh diukur.
“Kerjasama mesti membawa kepada projek sebenar yang menyelesaikan cabaran bandar.
"Kita perlu institusikan perkongsian ilmu dan sokong niat kita dengan pembiayaan inovasi, pusat teknikal dan hasil yang boleh diukur,” kata Nga.
Beliau menggariskan tiga mekanisme utama:
Nga turut menampilkan kejayaan Malaysia melalui inisiatif seperti SDG Cities Roadmap, ASEAN Smart Cities Network dan Asia-Pacific New Urban Agenda Platform, yang menjadi rujukan bagi pembangunan bandar yang inklusif dan mampan.
Beliau memetik contoh antarabangsa seperti Superblocks Barcelona, dasar Sifar Sisa Yokohama dan Bus Rapid Transit Curitiba sebagai penanda aras inovasi bandar yang berkesan melalui pembelajaran rangkaian.
Selain itu, mesej daripada Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Anaclaudia Rossbach, turut disampaikan agar bandar-bandar menjadikan perumahan sebagai kepentingan awam utama dan membina komuniti yang inklusif serta tahan iklim.
Dalam lawatannya ke daerah pintar Seestadt Aspern di Vienna, Nga memuji perancangan jangka panjang dan reka bentuk bandar berorientasikan rakyat yang menjadikan Vienna sebagai bandar paling boleh didiami dunia selama tiga tahun berturut-turut.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Penasihat Urbanisasi Mampan, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, turut memberi ucapan berhubung perumahan mampu milik, dengan menekankan model 4P (Perkongsian Awam, Swasta dan Rakyat) sebagai teras pembangunan bandar inklusif.
“Perumahan mampu milik bukan sekadar sasaran pembangunan, ia mencerminkan ikatan sosial kita dengan rakyat,” ujar beliau.
Keaktifan delegasi Malaysia di WCS 2025 menzahirkan komitmen negara dalam memacu penyelesaian bandar yang berpaksikan rakyat di peringkat global, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, Agenda Bandar Baharu, dan SDG 11.
Nga turut mengadakan siri pertemuan strategik dengan pemimpin utama termasuk Datuk Bandar Vienna Michael Ludwig dan Ketua Pengarah UNIDO Gerd Müller, bagi memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam pembangunan bandar masa depan.

- Dana Inovasi Bersama untuk membangunkan penyelesaian isu sejagat seperti perumahan mampu milik dan pembangunan kapasiti pentadbiran tempatan
- Hab Penyelesaian Serantau bagi menangani isu seperti ketahanan kawasan pantai dan penambahbaikan penempatan tidak rasmi
- Metrik Bandar Piawai Global untuk membolehkan bandar membanding dan menjejak impak dasar secara menyeluruh