awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nga seru kerjasama UN-Habitat promosi ruang hijau dan taman awam

Bernama
Bernama
08/11/2024
21:45 MYT
Nga seru kerjasama UN-Habitat promosi ruang hijau dan taman awam
Nga menekankan komitmen Malaysia untuk membina dan menaik taraf 100 taman awam setiap tahun dalam dekad akan datang dengan sasaran 1,000 taman baharu atau dinaik taraf menjelang 2034. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyeru kerjasama dengan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) untuk mempromosikan kawasan hijau dan membangunkan lebih banyak taman awam di seluruh Malaysia.
Hal itu susulan pertemuan dua hala dengan Pengarah Eksekutif UN-Habitat Anaclaudia Rossbach pada Forum Bandar Dunia ke-12, yang kini berlangsung di Kaherah, Mesir.
Nga dalam kenyataan pada Jumaat menekankan komitmen Malaysia untuk membina dan menaik taraf 100 taman awam setiap tahun dalam dekad akan datang dengan sasaran 1,000 taman baharu atau dinaik taraf menjelang 2034.
"Terdapat keperluan mendesak untuk ruang awam hijau, terutamanya di kawasan bandar yang pesat membangun, bagi menyediakan manfaat atau terapi kesihatan mental yang penting kepada penduduk dan secara keseluruhan meningkatkan kesejahteraan," katanya.
Walaupun Malaysia komited untuk membiayai inisiatif berkenaan, Nga mencadangkan agar UN-Habitat mewujudkan garis panduan standard sebagai penanda aras global untuk mengiktiraf dan menyokong ruang hijau yang berkualiti tinggi.
Ini termasuk pengenalan pensijilan atau anugerah untuk mengetengahkan (kepentingan) ruang tersebut sekali gus memastikan pengiktirafan global serta pemeliharaan kualiti, katanya.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerima peruntukan RM100 juta untuk membangunkan atau menaik taraf 100 taman rekreasi MADANI menerusi Belanjawan 2025. - BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#kesihatan mental
#Belanjawan 2025
#UN-Habitat
#ruang hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan