awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO diingatkan batal hasrat mogok ke atas Obama

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
19/11/2015
07:48 MYT
NGO diingatkan batal hasrat mogok ke atas Obama
Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan perjanjian di antara Alwi Ibrahim dengan Duta Besar AS ke Malaysia, Joseph Yun berkaitan perjanjian kerjasama Meningkatkan Pencegahan dan Membanteras Jenayah Serius. - Gambar Bernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mana-mana individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat agar membatalkan hasrat untuk melakukan demonstrasi di hadapan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara sebagai tanda mogok ke atas lawatan Presiden Barack Obama esok.
Tegasnya, semua pihak perlu berfikiran terbuka dan tidak melihat lawatan Obama dari aspek negatif.
"Saya harap NGO itu tidak meneruskan usaha ini kerana dua minggu lalu mereka telah mengadakan demonstrasi di Putrajaya. Saya harap kita meraikan perbezaan pendapat, tetapi kita juga meraikan tetamu kerana kita juga adalah Tuan Rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN.
"Jika kita ada pendapat yang berbeza, kita harus melihat kepada pendapat yang membina dan saya harap mereka akan lebih berlapang dada serta berfikiran terbuka," katanya dalam sidang media bersama Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia selepas menyaksikan Majlis menandatangani Perjanjian Pengukuhan Kerjasama bagi Mencegah dan Memerangi Jenayah, di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata tindakan protes berkenaan dilihat hanya akan memburukkan keadaan dan tidak melambangkan identiti Malaysia yang penuh dengan adat dan budaya yang tinggi.
"Kita harus menterjemahkan bahawa tatasusila rakyat Malaysia ialah menghormati tetamu. Tetamu ini adalah tetamu penting dan imej Tuan Rumah mesti dijaga oleh semua pihak," jelas beliau.
Lawatan Obama ke Malaysia katanya mampu memanfaatkan negara-negara ASEAN dan Malaysia khususnya.
"Saya fikir bukan sahaja NGO, tetapi juga individu yang mahu mengadakan demonstrasi harus melihat bahawa lawatan Presiden Obama dengan pemimpin-pemimpin rakan dialog ASEAN adalah untuk kepentingan rakan ASEAN dan Malaysia keseluruhannya.
"Jangan melihat dari aspek negatif kepada lawatan ini, terutama apabila Malaysia menjadi Tuan Rumah ASEAN. Ini tentunya merupakan satu penghargaan kepada negara kita, " katanya lagi.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dikatakan antara NGO yang akan mengadakan demonstrasi Jumaat ini bagi membantah kehadiran Obama ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.
Ia dijangka diadakan selepas solat Jumaat bermula di Bangunan Tabung Haji berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di ibu negara.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barack Obama
#mogok
#Solidariti Anak Muda Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan