Badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyumbangkan bantuan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu negara dinasihatkan agar mengikut saluran yang betul.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hal ini berikutan tindakan sesetengah NGO yang menganjurkan program buat gelandangan di sekitar Kuala Lumpur hingga menyebabkan kawasan tersebut kotor dan tidak terurus hingga mencemarkan imej ibu kota.
"Kerajaan telah menyediakan pusat transit gelandangan agar segala aktiviti atau program berkaitan gelandangan dapat dibuat di satu tempat dan pihak NGO seharusnya sedar mengenai perkara ini.
"Selain itu, sebelum mereka (NGO) menyumbangkan apa-apa jenis makanan terhadap golongan ini, kualiti makanan juga perlu dirujuk kepada pihak pengurusan pusat transit dahulu.
"Ada kes sebelum ini, pihak penganjur memberikan makanan yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam dan sebaliknya. Ini adalah salah," katanya kepada pemberita selepas program Volunteer for Kuala Lumpur @ Unity (V4KL@Unity), di sini hari ini.
Tengku Adnan turut menasihatkan pihak NGO dan warga kota agar tidak memberi terlalu banyak bantuan khususnya wang tunai, makanan dan pakaian yang dianggap dapat membuatkan golongan ini menjadi terlalu selesa dan malas.
"Di pusat transit itu, pihak kerajaan menyediakan pendidikan buat golongan ini untuk mereka ubah hidup sendiri serta ada juga yang diberikan peluang pekerjaan.
"Namun kalau sudah setiap hari diberikan makanan dan pakaian secara percuma, bukankah itu akan menyebabkan mereka jadi selesa dengan kehidupan sebegitu?
"Sehingga ada juga disebabkan terlalu banyak diberikan bantuan seperti baju, ada dalam kalangan mereka menjual semula baju tersebut di pasar malam. Kalau kita mahu menderma, mendermalah di tempat yang betul dan berilah kepada pihak yang sangat memerlukan," tegasnya.
Sementara itu, seramai 500 peserta terdiri daripada ibu bapa dan pelajar menyertai program sukarelawan V4KL@Unity dengan mengecat semula struktur kemudahan awam di sekitar Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, di sini hari ini bagi persediaan penganjuran Sukan SEA 2017 di ibu negara pada Ogos ini.
Tengku Adnan berkata program, V4KL@Unity pada kali ini agak unik memandangkan ia turut melibatkan kerja-kerja pengecatan di luar rumah-rumah ibadat bagi pelbagai agama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2017
Tengku Adnan mengecat dinding Madrasathul Gouthiyyah selepas melancarkan program V4KL@Unity pada Sabtu. Turut bersama Pengerusi Madrasathul Gouthiyyah, Anuar Hussin (kiri). --fotoBERNAMA
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.
Perit bergelandangan, komposer Ross Ariffin rindu lagu diputarkan
Komposer Ross Ariffin akui rindu untuk kembali ke zaman kegemilangan itu selepas hampir empat tahun hidup sebagai gelandangan.
Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.
73 maut termasuk tujuh kanak-kanak dalam kebakaran bangunan tinggal di Johannesburg
Bangunan itu adalah bangunan yang telah ditinggalkan tetapi masih diduduki golongan gelandangan.
Sekurang-kurangnya 63 maut dalam kebakaran bangunan di Johannesburg
Mulaudzi berkata angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa masih diteruskan.
Gelandangan ditemui mati dalam longkang
Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa, mendapati tiada sebarang kecederaan yang berunsur jenayah.
'Mahalnya' harga kemiskinan
Status isi rumah di Malaysia diukur menerusi pendapatan dan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu B40, M40 dan T20.
Pulau Pinang tingkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan
Pulau Pinang berhasrat meningkatkan pendayaupayaan golongan gelandangan melalui latihan kemahiran.
'Saya malas, boleh tidur di mana-mana saja'
Warga emas yang ingin dikenali sebagai Samad, 66, berasal dari Pasir Mas itu mengakui tidak minat untuk bekerja atau mendapatkan tempat tinggal.