awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO minta kerajaan pertimbang benarkan pengeluaran kecemasan KWSP

Bernama
Bernama
17/02/2023
20:40 MYT
NGO minta kerajaan pertimbang benarkan pengeluaran kecemasan KWSP
Enam NGO, yang mewakili kira-kira 320,000 pencarum KWSP yang mempunyai baki simpanan RM100,000 ke atas, menyeru agar kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran kecemasan secara bersasar segera.
PUTRAJAYA: Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang mewakili kira-kira 320,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai baki simpanan RM100,000 ke atas, menyeru agar kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran kecemasan secara bersasar segera.
Antara NGO terlibat adalah Global Human Rights Federation (GHRF), Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Independant Living and Training Centre Malaysia.
Presiden GHRF S. Shashi Kumar berkata rakyat sedang bergelut dengan situasi ekonomi negara yang terjejas terus dan tertekan oleh kos kehidupan harian yang kian meningkat.
Beliau berkata para pencarum pada satu sesi dialog pada 4 Feb lepas, telah meluahkan keperitan dan penderitaan hidup akibat pandemik COVID-19 dan sehingga kini tidak dapat memulihkan kehidupan harian termasuk dibelenggu hutang tertunggak akibat kehilangan pekerjaan, pinjaman wang dan kadar bunga yang tinggi, serta gaji bulanan yang tidak dapat menanggung kos harian.
"Terdapat 15.5 juta ahli KWSP setakat Jun 2022 dan bukan semua pencarum yang minta buat pengeluaran. Oleh itu, kerajaan perlu beri pertimbangan untuk membenarkan individu yang terdesak membuat pengeluaran, supaya membantu mereka untuk memulakan hidup semula serta menempuh waktu yang susah ini," katanya.
Shashi berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum untuk perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya dapat membenarkan pencarum yang layak membuat pengeluaran segera.
Memorandum itu diterima pegawai khas setiausaha sulit kanan di Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Fikri Khalid di sini pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NGO
#pengeluaran kecemasan
#KSWP
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan