awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO tidak dibenarkan masuk kawasan TEMCO - MB Kedah

Bernama
Bernama
10/08/2020
11:25 MYT
NGO tidak dibenarkan masuk kawasan TEMCO - MB Kedah
NGO yang berhasrat menyalurkan bantuan kepada penduduk di kawasan TEMCO boleh berbuat demikian menerusi pejabat daerah berkaitan yang telah dipertanggungjawabkan mengurus semua bentuk bantuan, kata Muhammad Sanusi. - Gambar BERNAMA
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO) di negeri ini untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, langkah itu bagi mengelak sebarang penularan COVID-19 dan tindakan boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang ingkar.
"Saya faham keprihatinan saudara-saudara yang bermurah hati membantu meringankan beban kita yang terbabit dengan TEMCO, tetapi (larangan ini) demi keselamatan semua orang," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Operasi Bantuan TEMCO di Pejabat Daerah Kubang Pasu, dekat sini hari ini.
Muhammad Sanusi berkata, NGO yang berhasrat menyalurkan bantuan kepada penduduk di kawasan TEMCO boleh berbuat demikian menerusi pejabat daerah berkaitan yang telah dipertanggungjawabkan mengurus semua bentuk bantuan.
"Kita minta sumbangan itu dikumpulkan (misalnya) di PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana) di Pejabat Daerah Kubang Pasu. Saya ucapkan terima kasih, hari ini banyak NGO yang datang menyampaikan sumbangan (pek makanan)," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, majikan di negeri ini tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap pekerja mereka yang tinggal di kawasan TEMCO dan tidak hadir ke tempat kerja.
"MKN (Majlis Keselamatan Negara) sudah mengarahkan Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan satu surat (kebenaran) dan pekerja-pekerja ini boleh dapatkan surat itu di pejabat kesihatan daerah atau pejabat daerah untuk diserahkan kepada majikan masing-masing," katanya.
Pada 3 Ogos lepas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan TEMCO di empat kawasan iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu; Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap susulan penularan kes COVID-19 yang berpunca daripada kluster PUI Sivagangga. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Keselamatan Negara
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#NGO
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#pertubuhan bukan kerajaan
#TEMCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan