awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NHCCE 2023: Himpunkan pakar, pemain industri majukan modal insan Malaysia

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
31/10/2023
01:45 MYT
NHCCE 2023: Himpunkan pakar, pemain industri majukan modal insan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melihat dron 'Vtol Fixed Wing UAV' ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Pelancaran NHCCE 2023 di MITEC, Kuala Lumpur pada Isnin. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2023 yang bermula pada Isnin di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.
Pengerusi NHCCE 2023, Mohamad Farizul Yahaya berkata, ia apabila persidangan dan pameran anjuran HRD Corp itu mendapat penyertaan lebih 3,500 delegasi serta 400 reruai pempamer dengan kehadiran 7,000 pengunjung.
“Setakat ini pihak kami menjangkakan jumlah pengunjung akan terus meningkat sekali gus boleh dijangkakan ia bakal menjadi pameran dan persidangan modal insan yang terbesar di Asia Tenggara,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Kewangan HRD Corp berharap, NHCCE 2023 boleh menyerlahkan potensi pertumbuhan organisasi dan individu dengan pembangunan modal insan yang strategik dan moden seiring temanya ‘Menjana Pertumbuhan, Menginspirasikan Perubahan'.
“Kami berasa bangga dengan NHCCE 2023 kerana ia sudah menjadi satu platform yang mampu mengumpulkan pakar subjek dari pentas lokal, mahupun antarabangsa.
“Platform ini juga kami gabungkan penyedia latihan, penyelesai teknologi, majikan dan pekerja untuk bersama-sama di bawah satu bumbung untuk meneroka potensi pembangunan modal insan.
“Kami di HRD Corp percaya, pembangunan modal insan adalah tonggak utama kepada kemajuan negara,” katanya.
Persidangan tahunan ini telah dianjurkan sejak tahun 2001, namun terpaksa ditangguhkan selama dua tahun pada 2020 dan 2021 akibat COVID-19.
Bermula tahun 2022, ia telah dijenamakan semula kepada NHCCE yang berlangsung dengan jayanya pada akhir tahun lalu.
Topic Berkaitan
#NHCCE
#Modal Insan Kebangsaan
#HRD Corp
#Mohamad Farizul Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan