awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Niat nak hantar nasi rupanya adik dah meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2023
11:01 MYT
Niat nak hantar nasi rupanya adik dah meninggal dunia
Wan Khadijah menunjukkan rumah Fakri. - Sinar Harian
KOTA BHARU: Niat murni seorang kakak menghantar sarapan pagi kepada adiknya dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki itu dalam rumahnya di Pintu Geng di sini, pada Rabu.
Bekas wadar penjara tersebut, Fakri Mohamad, 63, ditemui dalam keadaan terbaring di lantai berhadapan pintu bilik pada jam 7.30 pagi.
Kakaknya, Wan Khadijah Mohamad, 65, berkata, anak keenam daripada sembilan beradik itu sebelumnya tidak kelihatan pergi ke masjid di hadapan rumah mereka pada waktu Maghrib dan Isyak seperti kebiasaan.
“Pada waktu petang semalam (Selasa) dia ada, tetapi bermula senja sehingga Subuh hari ini dia tidak muncul.
“Adik kami pergi ke rumahnya untuk menghantar nasi berlauk namun panggilan tidak bersahut. Apabila buka pintu dan masuk ke dalam rumah ternampak dia (Fakri) sudah berada di lantai,” kata pesara guru itu ketika ditemui di rumah mereka di sini pada Rabu.
Wan Khadijah (kiri) menceritakan kejadian mayat adik lelakinya ditemui dalam rumah.  - Sinar Harian
Wan Khadijah (kiri) menceritakan kejadian mayat adik lelakinya ditemui dalam rumah. - Sinar Harian
Wanita itu berkata, adiknya masih belum berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah tersebut.
“Arwah seorang yang baik, dia tidak pernah mengadu sakit dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
"Cuma pagi semalam dia ada ajak kawan-kawannya makan di kedai makan di Pasir Hor,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan pada jam 11.28 pagi.
“Kematian disahkan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh dan mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
“Siasatan awal polis mendapati tiada kesan-kesan unsur jenayah namun siasatan masih diteruskan,” katanya.
Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penemuan mayat
#pesara terkejut
#Pintu Geng Kota Bharu
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan