awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Niat pukul supaya lumpuh, bapa tak sengaja sebabkan kematian anak

Gempak
Gempak
09/01/2024
06:00 MYT
Niat pukul supaya lumpuh, bapa tak sengaja sebabkan kematian anak
Suspek tidak sedar anaknya telah meninggal dunia ketiga bergaduh dengannya. - Gambar hiasan
SEORANG bapa di Semarang, Indonesia berhadapan hukuman penjara selepas tidak sedar anak yang dipukul telah meninggal dunia.
Ironi sang bapa yang dikenali sebagai Sutikno hanya mahu meleraikan pergaduhan antara anak lelaki yang berusia 22 tahun itu dengan adiknya.
Lebih malang, mangsa atau namanya Guntur disifatkan sebagai seorang anak yang sangat bermasalah, biadab malah sering memukul dirinya, isteri dan adik beradik yang lain.
Menurut Sutikno, dia telah memukul mangsa dengan benda keras selepas berjaya meleraikan isteri dan dua anaknya yang lain sewaktu mereka bergaduh di dapur.
“Guntur berada dalam keadaan mabuk dan membawa pisau. Dia mahu membunuh adiknya jadi saya leraikan.
“Saya hentak kakinya dengan benda keras dengan niat biar dia lumpuh. Jika lumpuh saya masih boleh menjaganya kerana kami semua sudah tidak tahan dengan sikap dia.
“Dia (mangsa) sering memukul kami sehingga kami pernah lari menetap di rumah saudara kerana tidak tahan,” ujar Sutikno kepada polis seperti dilaporkan media tempatan.
Malangnya Sutikno tidak sedar anaknya telah meninggal dunia sewaktu dia bergaduh kerana kecederaan di kepala. “Saya tidak tahu dia telah mati dan tidak berniat membunuhnya. Saya hanya mahu menyelamatkan keluarga. Itu saja,” akuinya lagi. - Gempak
Topic Berkaitan
#pukul anak
#bunuh anak
#anak ganas
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan