[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Bapa Dibebaskan, Ibu Diperintah Bela Diri – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Nick Adams: Kerajaan akan teliti, jaga hubungan baik dengan AS - PM

Asyraf Malik 18/07/2025 | 08:30 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-istiqlal Presint 14 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan isu pencalonan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia perlu melalui penelitian dan pertimbangan sebelum sebarang keputusan dibuat.


Ringkasan AI
  • Kerajaan Malaysia akan teliti secara sah: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pencalonan Nick Adams akan melalui penelitian dan pertimbangan yang sewajarnya dan masih terlalu awal untuk membuat keputusan, sambil menekankan kepentingan menjaga hubungan baik Malaysia-AS.
  • Bantahan meluas dari NGO dan parti politik: Lebih 20 NGO serta parti seperti AMK, Pas dan Amanah membantah pencalonan Adams kerana latar belakangnya yang didakwa bersifat Islamofobia, misoginistik dan menyokong Zionisme, yang bertentangan dengan nilai keharmonian dan toleransi Malaysia.
  • Malaysia berhak menolak pencalonan: NGO dan pemimpin politik menegaskan Malaysia sebagai negara berdaulat berhak menilai kesesuaian calon duta asing dan menolak pencalonan yang berisiko menjejaskan hubungan diplomatik serta sensitiviti masyarakat majmuk.


Tegas beliau, perkara itu akan ditangani dengan sewajarnya, selain pada waktu sama memelihara hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Soal Nick Adams itu kita ikut proses, masih terlalu awal (untuk buat sebarang keputusan),” ujar Anwar ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14, di sini.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia menerusi platform media sosialnya, Truth Social, pada Khamis.

Trump menyatakan bahawa Nick bukan sahaja seorang nasionalis hebat dan usahawan yang berjaya, tetapi juga seorang penulis buku terkemuka, penceramah, serta pengulas yang dikenali ramai.

Bagaimanapun, latar belakang Nick Adams yang memiliki sentimen Islamofobia dan menyokong rejim Zionis menimbulkan bantahan hebat dalam kalangan pemimpin politik dan masyarakat Malaysia.







#Nick Adams #Duta AS ke Malaysia #Datuk Seri Anwar Ibrahim #Bantahan #Donald Trump #terkini