KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Nicky Liow didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 26 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA)

Nicky atau Liow Soon Hee, 34, yang juga Winner Dynasty Travel & Leisure Sdn Bhd mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan hakim, Helina Sulaiman.

Jika disabitkan kesalahan, Nicky berdepan tuduhan penjara sehingga 15 tahun dan denda lima kali ganda bagi setiap kesalahan.

Selain itu, dia didakwa memiliki hasil daripada aktiviti haram mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLAFTA yang membawa hukuman sama.

Tertuduh menyerah diri kepada polis pada Isnin selepas hampir setahun melarikan diri.

Dalam beberapa siri dalam lebih 70 serbuan tahun lalu, polis menahan 68 ahli kumpulannya menerusi Opis Pelican 3.0 antara 20 hingga 28 Mac tahun lalu.

Pihak berkuasa merampas 16 kenderaan mewah termasuk sebuah Rolls Royce, selain wang tunai lebih RM7 juta dalam mata wang asing.