KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Nicole Wong Siaw Ting hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
Wong yang merupakan lantikan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini hingga 16 Jun 2025, mengangkat sumpah sebagai Senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.
Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan Wong mengucapkan tahniah dan berharap Wong dapat menggalas tanggungjawab sebagai Senator seperti mana yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah.
"Kepada Yang Berhormat, diharapkan segala yang tertera dalam aturan mesyuarat dapat diterapkan dengan baik dan menjadi seorang Senator yang apabila berbahas tidak perlu membaca di tangan dengan kertas," katanya.
Dalam pada itu, Wong yang ditemui pemberita berkata beliau berharap membawa suara anak muda ke Dewan Negara dengan harapan suara golongan muda juga dapat dibawa ke Parlimen.
"Sebelum ini di PRN (Pilihan Raya Negeri) atau PRK (Pilihan Raya Kecil) orang muda tidak ada mesej yang betul jelas, bila kita sampaikan (mesej pada orang muda) maksudnya tak tetap (maksud mesej tidak jelas).
"Saya rasa kita kena proaktif sikit sebagai kerajaan, bahawa kita boleh sampaikan mesej yang betul dan tepat selain dapatkan ramai lagi orang muda untuk kembangkan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Wong yang ditemui pemberita berkata beliau berharap membawa suara anak muda ke Dewan Negara dengan harapan suara golongan muda juga dapat dibawa ke Parlimen. - Sumber foto Parlimen Malaysia
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
Nicole Wong angkat sumpah Senator
Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Nicole Wong Siaw Ting hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
'Idea kereta terbang itu sampah!' - Rais Hussin
Ketua Biro Polisi dan Strategi PPBM Dr Rais Hussin berkata perhatian sewajarnya diberikan kepada isu yang sepatutnya.
Wong wanita pertama sandang jawatan Ketua Pemuda MCA
Wong yang sebelum ini merupakan Naib Pengerusi Pemuda MCA memperoleh 136 undi, mengalahkan pesaingnya Ng Kiam Nam yang meraih 82 undi.