Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap agar jawatan Timbalan Presiden Parti itu diisi oleh ulama pada pemilihan kepimpinan baharu yang dijadualkan pada 22 November depan.
Utusan Malaysia melaporkan Nik Abdul Aziz berkata beliau secara peribadi mahukan 'orang ulama' mengisi jawatan Timbalan Presiden.
Nik Abdul Aziz juga dipetik sebagai berkata, Presiden Pas sedia ada, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dikekalkan sekali lagi.
"Saya berdoa dan minta Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) yang banyak pengalaman dan ilmu kalau boleh biar dia teruskan jadi Presiden (tetapi) Timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi Timbalan," katanya.
Nik Abdul Aziz juga dilaporkan mempunyai pilihan sendiri untuk bertanding jawatan tersebut namun enggan menyebut nama calon pilihannya dan menyerahkan kepada ahli Pas untuk membuat keputusan terbaik.
"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak Timbalan dia kena calon nama dia, orag nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya lagi.
Pas dijadualkan akan mengadakan Muktamar Agung ke-59 bermula 22 November depan dan bakal membuat pemilihan pucuk pimpinan baharu parti itu.
Pemilihan kali ini dijangka akan terus menyaksikan pertembungan kumpulan yang digelar 'Erdogan' -kumpulan pro Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim- dan kumpulan pro kepimpinan ulama.
Pada pemilihan tahun 2010, Mohamad Sabu berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden dalam pertanding tiga penjuru melibatkan bekas Timbalan Presiden sebelum ini, Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehingga kini, Mohamad Sabu belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mempertahakan jawatan Timbalan Presiden atau memberi laluan kepada calon lain.
Beberapa sumber dalaman Pas memberitahu, kumpulan pro kepimpinan ulama bakal mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai calon Timbalan Presiden manakala, Ketua Dewan Pemuda parti itu, Nasruddin Hassan yang juga ahli parlimen Temerloh akan dicalonkan merebut jawatan Naib Presiden bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Idris Ahmad dan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Penyadang jawatan Naib Presiden, Salehuddin Ayob, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar dijangka akan berdepan laluan sukar untuk mempertahankan jawatan mereka.
Astro Awani
Sat Sep 07 2013
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan
Penubuhan kerajaan hari ini adalah jelas berasaskan rundingan terbuka yang diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama dan keabsahannya juga telah dibuktikan.
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu
Andansura Rabu berkata, di peringkat akar umbi, ramai anggota BN menolak kerjasama dengan PH.
Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.
Muktamar Pas: Enam usul penting dibentang esok
Enam usul penting meliputi isu politik, antarabangsa dan ekonomi akan dibentang pada sesi muktamar esok.
Pemimpin Pas bukan malaikat, terbuka terima teguran perwakilan - Ahmad Fadhli
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui kepimpinan parti itu tidak sempurna dan sentiasa terbuka menerima teguran daripada ahli serta perwakilan.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.