Nik Nazmi seru tandatangan petisyen desak Latheefa letak jawatan KP SPRM

Astro Awani
Jun 9, 2019 03:00 MYT
Nik Nazmi ajak orang ramai tandatangani petisyen desak Latheefa letak jawatan. -Gambar fail
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengajak orang ramai menandatangani petisyen mendesak Latheefa Koya meletak jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Nik Nazmi memberi alasan Pakatan Harapan (PH) telah memberi komitmen sebelum ini untuk membuat pelantikan Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan oleh Jawatankuasa Parlimen untuk mendesak Latheefa meletak jawatan.
"Pakatan Harapan telah beri komitmen untuk pelantikan Pesuruhjaya SPRM disahkan oleh JK Parlimen.
"Mari kita sama-sama tandatangan petisyen ini agar komitmen ini dipenuhi.
"Isu ini lebih besar dari Latheefa Koya tetapi tekad reformasi yang kita janjikan," katanya menerusi akaun Twitternya.

Pakatan Harapan telah beri komitmen untuk perlantikan Pesuruhjaya SPRM disahkan oleh JK Parlimen. Mari kita sama-sama tandatangan petisyen ini agar komitmen ini dipenuhi. Isu ini lebih besar dari @LatheefaKoya tetapi tekad reformasi yang kita janjikanhttps://t.co/JEBDw098P9

— Nik Nazmi (@niknazmi) June 8, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jun 2019 menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memilih memendekkan perkhidmatan kontraknya lebih awal.
Mohd Shukri sepatutnya menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 17 Mei 2020.
Pada Sabtu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pelantikan Latheefa adalah muktamad dan ia dibuat seperti mana beliau melantik pegawai lain.
#Dr Mahathir Mohamad #Ketua Pesuruhjaya #Latheefa Koya #Nik Nazmi Nik Ahmad #Pakatan Harapan #PKR #SPRM