KOTA BHARU: Seorang ibu tunggal mengakui ‘perit’ apabila terpaksa berjuang secara berseorangan untuk memastikan sembilan anaknya mendapat pengenalan diri yang sah sebagai rakyat negara ini selepas bernikah dengan bekas suami menggunakan saluran tidak sah di Thailand.

Ibu tunggal yang mahu dikenali sebagai Yam, 48, mendedahkan, anggapannya mengenai prosedur berkahwin di Thailand lebih mudah berbanding negara ini meleset sama sekali apabila dia berdepan pancaroba gara-gara sikap sambil lewa suami sehinggalah mereka bercerai.

“Kami bernikah tahun 1996. Namun sikap tidak bertanggungjawab suami yang enggan melapor diri apabila dipanggil pejabat agama menyebabkan pernikahan itu gagal didaftarkan,” katanya.

Ujarnya, sikap tersebut menyebabkan anak-anak tidak mempunyai pengenalan diri sah sebagai rakyat Malaysia seperti surat beranak.

“Bila fikir masa depan anak-anak, saya nekad berjuang mendapatkan taraf warganegara dan usaha itu berhasil selepas berjuang selama kira-kira 10 tahun,” katanya. -Sinar Harian