KUALA LUMPUR: Jenama elektronik pengguna terkemuka, LG Electronics Malaysia (LG) memperkenalkan teknologi televisyen (TV) paparan OLED terkini dengan sistem operasi webOS yang dikemas kini dan ciri khusus yang dipertingkatkan.

Pengenalan baharu tersebut membariskan generasi baharu bagi paparan OLED iaitu LG OLED evo G3, LG OLED evo C3 dan LG OLED A3.

LG sekali lagi menetapkan standard baharu untuk hiburan di rumah dengan piksel nyalaan sendiri yang memperhebatkan kualiti gambar premium bersama ciri dipertingkatkan seperti Pemproses AI Alpha (α) 9 Gen6, HDR Expression Enhancer, Bunyi Jelas AI, Kawalan Imbangan Auto, dan WOW Synergy.

Pengarah Urusannya, Justin Choi berkata, dengan pengenalan baharu tersebut ia akan menetapkan penanda aras terkini untuk hiburan di rumah bagi pelanggan mereka di Malaysia.

"LG mendedikasikan usaha penyelidikan dan pembangunan yang meluas untuk memastikan siri baharu ini dapat memberikan pengalaman yang tiada tandingan untuk keperluan hiburan rumah pengguna.

"Sebagai jenama inovatif yang dianugerahkan dengan CES Innovation Award untuk 11 tahun berturut-turut, kami yakin yang barisan produk baharu ini mampu menyampaikan nilai yang lebih tinggi untuk pengguna kami," katanya kepada media ketika majlis pelancaran siri LG TV OLED terbaharu di pusat beli-belah Mid Valley pada Rabu.

Siri LG TV OLED ini memfokuskan ciri utama termasuk pemproses AI α9 4K Gen6 untuk kualiti gambar dan bunyi yang dioptimumkan bersama-sama siri pemproses Alpha terbaharu yang digunakan dalam LG TV OLED 2023 menggunakan teknologi Pembelajaran Mendalam dengan bantuan AI untuk menghasilkan imej yang terlihat lebih jelas dan nyata.

Ia turut memberi tumpuan terhadap inovasi 'Brightness Booster Max' untuk imej yang lebih realistik serta kecerahan dikawal pada asas piksel demi piksel untuk menghasilkan butiran imej yang lebih tajam dan realistik.

Rekaan dioptimumkan untuk permainan, LG TV OLED mengambil kira dengan kadar respons serendah 0.1ms, bersama sokongan Nvidia GSYNC serta AMD FreeSync Premium juga disokong untuk HDMI 2.1 dan VRR.

Selain itu, LG turut memperkenalkan dua skrin gaya hidup terkini menerusi koleksi LG OLED Posé Objet (berharga RM 12,999) dengan menawarkan reka bentuk yang anggun dan bergaya.

Diiktiraf sebagai Pemenang IF Design Award, Koleksi LG OLED Posé Objet menyempurnakan kediaman anda dengan teknologi termaju.

LG OLED Flex (berharga RM13,199) pula merupakan TV gaming 4K yang boleh dibengkokkan untuk memberikan fleksibiliti luar biasa dan pengalaman gaming mengasyikkan, khas untuk memenuhi kepuasan para gamers.

Tanda harga untuk LG OLED evo G3 bermula dari RM17,999, LG OLED evo C3 (bermula dari RM10,999), dan LG OLED A3 (bermula dari RM8,999).

Hanya hiburan terbaik dengan LG TV Oled generasi baharu!