[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
GADGETS

Nilai Bitcoin melebihi $109,000, tertinggi dalam sejarah

Amanz 22/05/2025 | 03:45 MYT
Nilai Bitcoin mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu $109,992 pada pagi ini, mengatasi rekod sebelumnya $106,147 pada Disember 2024. -Amanz
NILAI mata wang kripto Bitcoin mencecah $109,992 (~RM 468,181) pagi ini dan ia adalah nilai tertinggi dalam sejarah.

Ringkasan AI
  • Nilai Bitcoin mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu $109,992 pada pagi ini, mengatasi rekod sebelumnya $106,147 pada Disember 2024.
  • Tahun 2025 menyaksikan turun naik ketara dalam pasaran kripto, dengan Bitcoin jatuh ke $86,000 pada Februari sebelum melonjak semula melebihi $100,000.
  • Kenaikan nilai Bitcoin didorong oleh dasar mesra kripto pentadbiran Presiden Trump dan pengurangan tarif global yang menyokong pemulihan ekonomi.

Tahun 2025 ialah tahun rollercoaster pasaran kripto dengan nilai Bitcoin menjunam ke sekitar $86,000 pada Februari sebelum kembali mencecah $100,000 dua minggu yang lalu.
Sebelum ini nilai tertinggi Bitcoin ialah $106,147 yang dicapai pada Disember 2024.
Peningkatan nilai Bitcoin sejak sebulan lalu adalah dipacu oleh pengumuman pentadbiran Presiden Trump untuk meluluskan rangka kerja penggunaan kripto serta pelbagai keputusan mengurangkan kadar tarif ke beberapa pasaran dunia termasuk China.
Pemulihan ekonomi ini memberikan impak positif ke atas pasaran kripto yang saling berhubung kait. -Amanz
#Bitcoin #paras tertinggi dalam sejarah #pasaran kripto #pengurangan tarif global