[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

Nilai Microsoft kembali cecah $3 trilion

Amanz 02/05/2025 | 05:45 MYT
Microsoft kembali mencapai nilai pasaran $3 trilion, hanya di belakang Apple dengan nilai $3.2 trilion. -Amanz
MICROSOFT kembali menjadi syarikat dengan nilai pasaran $3 trilion pagi ini selepas saham terjejas disebabkan ketidaktentuan tarif yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat.

Ringkasan AI
  • Microsoft kembali mencapai nilai pasaran $3 trilion, hanya di belakang Apple dengan nilai $3.2 trilion.
  • NVIDIA kini berada di tangga ketiga dengan nilai pasaran $2.7 trilion.
  • Saham Microsoft dan Apple menunjukkan trend positif minggu ini, dengan Microsoft meningkat hampir 8% selepas mengumumkan peningkatan harga produk Xbox.

Hanya Apple dan Microsoft pada ketika ini memiliki nilai pasaran ini dengan Apple masih di tangga teratas dengan nilai $3.2 trilion.
Kali pertama Microsoft mencapai nilai ini ialah pada Januari 2024 dengan ia kemudian turun dan naik seperti dada pelabur yang terkejut dengan polisi ekonomi Presiden Trump.
NVIDIA yang dahulunya menyertai kelab $3 trilion masih lagi di tangga ketiga dengan nilai “hanya” $2.7 trilion.
Nilai saham Microsoft dan Apple menunjukkan trend positif minggu ini. Walaupun perlu menanggung peningkatan kos $900 juta disebabkan tarif bermula suku ini, saham mereka meningkat 0.34%.
Microsoft pula meningkat hampir 8%. Trend positif ini mungkin disebabkan oleh pengumuman peningkatan harga konsol, aksesori dan permainan Xbox yang diumumkan semalam disebabkan oleh tarif. -Amanz
#Microsoft #3 trilion #Apple #NVIDIA