MALAYSIA
Nilai pendapatan e-dagang cecah RM625 bilion setakat pertengahan tahun ini - KPDN
Mohd Sayuthi (kiri) ketika menyampaikan anugerah MSME excellence kepada usahawan dan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri, Datin Seri Nur Nur Shahida Mohd Rashid pada Shopee Brands Summit 2025 pada Rabu. - Gambar Bernama
PETALING JAYA: Nilai pendapatan bagi e-dagang mencatatkan peningkatan RM625 bilion bagi suku pertama dan kedua tahun ini, pertambahan sebanyak RM13.5 bilion untuk tempoh sama berbanding tahun lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar berkata, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) nilai pendapatan e-dagang berada pada RM1.230 trilion bagi 2024.
Beliau berkata, untuk itu, KPDN komited menyediakan ekosistem yang sihat dan berdaya saing dalam memastikan keseimbangan yang optimum antara perlindungan pengguna dengan pertumbuhan perniagaan yang mampan.
"Kita wajar mengakui bahawa platform-platform e-dagang telah menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara dan yang lebih penting meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Platform ini menyediakan peluang untuk setiap rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk menjana pendapatan dan menyertai ekonomi, seiring dengan hasrat kerangka ekonomi MADANI," katanya ketika berucap pada Shopee Brands Summit 2025, di sini, pada Rabu.
Mohd Sayuthi turut menekankan kepentingan kerjasama strategik di antara kementerian dan platform e-dagang dalam memastikan penyertaan masyarakat dalam bidang keusahawanan.
Beliau berkata, KPDN menerusi Bahagian Pembangunan Perniagaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Shopee bagi Kempen Beli Barangan Malaysia sekali gus berjaya membantu peniaga tempatan menjana jualan dengan jumlah RM70 juta pada 2019.
Katanya, itu merupakan antara usaha kerajaan membantu peniaga tempatan di samping membuka pasaran yang lebih luas untuk mereka berkecimpung dalam e-dagang.
"Tahun ini menjadi lebih penting antara lain disebabkan isu tarif yang sedang kita hadapi dan inilah masanya untuk kita menyokong jenama-jenama tempatan," katanya.
-- BERNAMA