KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia pada Sabtu tidak berubah berbanding hari sebelumnya, iaitu kekal pada kadar 1.05.

Kedah kembali mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.27.

Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 adalah Putrajaya, Perak, Pahang, Kedah, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.

Turut mencatat nilai R-naught lebih 1.0 ialah Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sarawak, Sabah dan Kelantan merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Sementara itu Perlis masing-masing mencatatkan dua kes baharu COVID-19.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari adalah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan adalah 1.19 pada 17 April lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.