[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Nilai R-Naught : Kadar kebolehjangkitan di Kelantan melepasi paras Rt nasional

Astro Awani 21/04/2021 | 04:34 MYT
Nilai Rt adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Kelantan kini adalah 1.43 melepasi Rt negara, 1.19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai tersebut merupakan jangkaan mengikut kes harian pada Selasa.
"Kadar Rt Kuala Lumpur adalah 1.28 diikuti Negeri Sembilan (1.18), Sarawak (1.17), Terengganu (1.15), Selangor (1.10) dan Sabah (1.10)," katanya menerusi Twitter pada Rabu.
Kedah pula merekodkan nilai Rt 1.09, Melaka (1.06) dan Pahang (1.0).
"Empat negeri merekodkan kadar Rt di bawah satu adalah Pulau Pinang (0.91), Putrajaya (0.97), Johor (0.9) dan Perak (0.82)," katanya lagi.
Nilai R-Naught | Meningkat 1.16, Kelantan tertinggi
Nilai Rt adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.
Semalam Kelantan merekodkan 429 kes positif COVID-19 yang membabitkan 426 jangkitan tempatan, satu kes penjara dan dua kes import B serta C.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Rt #COVID-19 #kes positif #R-Naught #KKM