MALAYSIA

Nilai R-Naught negara 1.06, Labuan kekal tertinggi

Astro Awani 04/06/2021 | 02:35 MYT
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia menunjukkan penurunan 0.01.

Angka itu turun ke 1.06 pada Rabu berbanding 1.07 pada hari sebelumnya.

Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan kecuali Johor.

Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.49.

Ini diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Perlis, Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan.

Seterusnya Perak, Terengganu, Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Johor.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.




#COVID-19 #PKP #R-Naught #kes positif #kadar kebolehjangkitan