MALAYSIA
Nilai semula prosedur keselamatan di sekolah, akses pelajar kepada objek berbahaya - PN Selangor
Dr Afif meminta aspek keselamatan di sekolah dilihat semula bagi mengelakkan tragedi sama berulang. - Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menilai semula prosedur keselamatan dan pengurusan risiko di sekolah, terutamanya berkaitan akses pelajar kepada objek berbahaya.
Setiausaha PN Selangor, Dr Afif Bahardin turut membangkitkan soal pemantauan keselamatan di kawasan sensitif seperti tandas dan blok pelajar.
Beliau mengulas sedemikian susulan kes seorang pelajar tingkatan empat maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.
“Kejadian ini amat serius dan memerlukan siasatan yang telus, menyeluruh serta berasaskan bukti bagi memastikan keadilan ditegakkan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memaklumkan hasil siasatan kepada umum secara berperingkat bagi mengelak salah faham atau penyebaran maklumat tidak tepat yang boleh menjejaskan proses kehakiman," ujar Afif dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, isu keselamatan pelajar perlu dilihat sebagai tanggungjawab bersama semua pihak termasuk ibu bapa, komuniti dan agensi kerajaan.
"Saya mencadangkan penambahan pegawai kaunseling dan psikologi terutama di kawasan berisiko tinggi, audit keselamatan sekolah secara berkala melibatkan polis komuniti serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
"Selain pemerkasaan pendidikan emosi dan disiplin pelajar dengan pendekatan pencegahan, seterusnya garis panduan intervensi awal untuk pelajar yang menunjukkan tekanan atau masalah tingkah laku," kata Afif.
Setakat ini, polis sudah menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut, turut dirampas dua senjata tajam.
Suspek akan direman esok (Rabu) di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.