awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai tujuh pemain warisan 'hangus' sekelip mata

Sinar Harian
Sinar Harian
24/12/2025
04:32 MYT
Nilai tujuh pemain warisan 'hangus' sekelip mata
Berdasarkan kemas kini di laman penilaian pemain antarabangsa, Transfermarkt, kesemua pemain tersebut kini mencatatkan nilai pasaran sifar akibat isu tersebut. -Foto fail/Bernama
NASIB malang terus menimpa tujuh pemain warisan Harimau Malaya apabila nilai pasaran mereka bukan sahaja jatuh mendadak, malah kini direkodkan sebagai tidak bernilai susulan isu pemalsuan dokumen.

Ringkasan AI
  • Pemain warisan Harimau Malaya nilai pasaran mereka direkodkan sebagai tidak bernilai susulan isu pemalsuan dokumen.
  • Kesemua pemain termasuk Imanol Machuca dan Joao Figueirido mengalami susutan nilai pasarannya yang ketara.
  • Impak penggantungan 12 bulan terhadap tujuh pemain berkenaan memberi kesan besar terhadap karier mereka.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Berdasarkan kemas kini di laman penilaian pemain antarabangsa, Transfermarkt, kesemua pemain tersebut kini mencatatkan nilai pasaran sifar akibat isu tersebut.
Pemain sayap, Imanol Machuca menjadi individu yang paling terkesan apabila nilai pasarannya yang sebelum ini mencecah AS$3 juta (RM11.98 juta) kini 'hangus' sepenuhnya.
Situasi sama turut dirasai penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Joao Figueirido apabila nilai pasarannya susut sebanyak AS$2.3 juta (RM9.58 juta) sekelip mata.
Rekod penilaian turut menyaksikan nilai Facundo Garces yang sebelum ini pernah mencecah AS$2.3 juta (RM9.58 juta) sebelum turun kepada AS$1.2 juta (RM4.79 juta), akhirnya kini menjadi kosong.
Seorang lagi pemain, Jon Irazabal turut mengalami nasib serupa apabila nilai pasarannya jatuh sebanyak AS$707,000 (RM2.87 juta), diikuti Rodrigo Holgado AS$530,000 (RM2.16 juta) serta seorang lagi tonggak JDT, Hector Hevel yang menyaksikan penyusutan nilai sebanyak AS$470,000 RM1.91 juta.
Gabriel Palmero yang sebelum ini diletakkan pada harga AS$58,000 (RM239,000) kini turut hilang nilai komersial.
Terdahulu, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman berat kepada tujuh pemain terbabit dengan denda RM10,560 setiap seorang serta penggantungan selama 12 bulan.
Mereka didapati bersalah melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) yang berkaitan dengan kesalahan pemalsuan dokumen bagi tujuan mendapatkan status kerakyatan.
Impak penggantungan tersebut nyata memberi tamparan hebat kepada karier kelab masing-masing.
Difahamkan, kontrak Rodrigo Holgado bersama kelab Colombia, America de Cali telah ditamatkan serta-merta, manakala nasib sama menimpa Gabriel Palmero apabila disingkirkan oleh kelab Sepanyol, CD Tenerife.
Bagi Imanol Machuca, kelab Argentina, Velez Sarsfield dilaporkan enggan menyambung tempoh pinjamannya dan pemain itu telah dihantar pulang ke kelab asalnya di Brazil, Fortaleza EC.
Facundo Garces pula kini berada dalam keadaan tidak menentu apabila kelabnya masih menangguhkan sebarang tindakan sementara menunggu keputusan akhir berhubung status pemain itu.
Bagaimanapun, tiga pemain yang berpangkalan di Malaysia iaitu Hector Hevel, Joao Figuerido dan Jon Irazabal masih kekal bersama JDT setakat ini.
Selain itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menerima padah apabila dikenakan denda sebanyak RM1.8 juta oleh FIFA.
Susulan itu, badan induk bola sepak negara itu kini dalam proses membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebagai langkah terakhir bagi mencabar keputusan FIFA itu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah sebab nilai pasaran tujuh pemain warisan Harimau Malaya menjadi tidak bernilai? A: Nilai pasaran mereka direkodkan sebagai tidak bernilai susulan isu pemalsuan dokumen yang melibatkan mereka.
  • Q: Siapakah antara pemain yang paling terkesan dengan penyusutan nilai pasarannya? A: Imanol Machuca dan Joao Figueirido mengalami penyusutan nilai pasar yang ketara, menjadikan nilai pasar mereka 'hangus' sepenuhnya.
  • Q: Apa hukuman yang diterima oleh tujuh pemain tersebut daripada FIFA? A: Mereka didenda RM10,560 setiap seorang dan digantung selama 12 bulan kerana melanggar Kod Tatatertib FIFA berkaitan dengan pemalsuan dokumen.
  • Q: Apakah kesan penggantungan tersebut terhadap karier pemain yang terlibat? A: Penggantungan tersebut telah menyebabkan pemain-pemain tersebut mengalami penurunan nilai pasaran dan beberapa daripada mereka kehilangan kontrak bersama kelab masing-masing.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh FAM sebagai tindak balas terhadap denda yang dikenakan oleh FIFA? A: FAM sedang dalam proses membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebagai usaha terakhir untuk mencabar keputusan denda yang dikenakan oleh FIFA.

Topic Berkaitan
#pemain warisan
#FAM
#FIFA
#pemalsuan dokumen
#Transfermarkt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan