KUALA LUMPUR: Rangka kerja Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), yang direka untuk meletakkan Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau, akan memastikan pengagihan kekayaan ekonomi yang adil kepada rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan itu merupakan sebahagian komponen Ekonomi MADANI, yang akan menghidupkan semula sektor pembuatan, bagi memastikan negara kekal berdaya saing, di sebalik cabaran dan trend mega yang semakin meningkat.
Jelas beliau, NIMP 2030 berpandukan pendekatan berdasarkan misi, satu polisi bersifat horizontal yang bukan sahaja menggembleng keseluruhan ekosistem pembuatan, tetapi juga seluruh negara untuk memacu transformasi perindustrian, dan merealisasikan visi negara.
“NIMP 2030 direka untuk memandu trajektroi Malaysia sebagai kuasa global dalam pembangunan industri, melebarkan hubungan domestik bagi mencipta kekayangan merentasi negara, dan mengukuhkan kedudukannya dalam rangkaian nilai global.
“Pelan ini adalah bertepatan untuk mempercepatkan transformasi perindustrian di Malaysia, sejajar dengan usaha merealisasikan visi negara,” katanya ketika berucap merasmikan NIMP 2030 di ibu negara, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri 1 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri-menteri Kabinet; pegawai-pegawai kanan kementerian; dan pemain industri.
NIMP 2030 merupakan edisi keempat Pelan Induk Perindustrian (IMP) negara, berlandaskan empat misi utama - kemajuan ekonomi rumit (advanced economic complexity); agenda negara digital; ke arah negara sifar karbon; serta mengawal keselamatan dan keterangkuman ekonomi.
Dalam ucapannya Perdana Menteri berkata, usaha mengubah sektor industri memerlukan tindakan tuntas dan pantas semua pihak.
Justeru beliau berkata, pelaksanaan NIMP 2030 bukan sahaja melibatkan jentera kerajaan, tetapi juga sektor swasta.
“Kami akan menubuhkan Majlis Nasional NIMP 2030, dengan penglibatan kementerian berkaitan dan wakil dari industri. Tadbir urus kerajaan dan swasta akan diwujudkan bagi pelaksanaan yang efektif, dan akan dipandu oleh Unit Pengurusan Penyampaian di bawah MITI sebagai coordinator,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, beliau yakin NIMP 2030 dapat membantu merealisasi harapan dengan menyediakan panduan supaya sektor pembuatan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai pemacu utama ke arah pengembangan dan kemakmuran ekonomi.
Katanya lagi, Kerajaan akan memastikan pelan yang dirancang dapat dilaksana dengan telus, dan akan membawa keuntungan bukan sahaja kepada sektor swasta melalui prospek perdagangan dan pelaburan yang lebih baik, tetapi juga kepada rakyat melalui penyediaan pekerjaan berkemahiran dan bernilai tinggi.
Firdaus Azil
Fri Sep 01 2023

Anwar berkata NIMP 2030 direka untuk memandu trajektroi Malaysia sebagai kuasa global dalam pembangunan industri. - Astro AWANI

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Ops Khas Motosikal: 14,780 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal - JPJ
Sebanyak 14,780 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sepanjang Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 1 Sept hingga hari ini.

Banjir pulih sepenuhnya di Perlis, jumlah mangsa meningkat di Kedah
Banjir di Perlis telah pulih sepenuhnya, namun jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.
10 Berita Pilihan - (27 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS
Bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan Noor-3 menggunakan roket Qassed.

Umar mahu kekal momentum rekod kebangsaan di Hangzhou
Umar nyatakan hasrat untuk mencapai sasaran masa di bawah 46 saat sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik temasya berkenaan.
AWANI 7:45 [27/09/2023] - Desas-desus rombakan Kabinet | Mangsa banjir di Kedah meningkat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews

Malaysia miliki segala yang perlu untuk bangkit kembali sebagai ekonomi dinamik - PM Anwar
Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh,

Kerajaan akan beri fokus bangunkan sektor EV - MITI
Liew Chin Tong berkata dasar-dasar berkaitan EV akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor ini.

Laksana NIMP 2030 dengan lancar dan berkesan - Agong
Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar misi-misi yang dirancang dan ditetapkan dalam NIMP 2030 dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.

China akan sokong kerajaan Malaysia jayakan NIMP 2030, kata PM Anwar
China akan memberi sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MITI pastikan kepentingan DDI sentiasa dilindungi - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, walaupun dasar liberalisasi dilaksanakan, DDI sentiasa mendominasi pelaburan yang diluluskan.

NIMP 2030: Wadah perkasa industri, pelengkap Ekonomi MADANI - Pakar
NIMP 2030 memerlukan tenaga kerja mahir berasaskan teknologi bagi memenuhi permintaan sektor pekerjaan baharu yang bakal wujud menerusi pelan itu kelak.

Kerajaan akan umum butiran terperinci pelaburan bagi NIMP 2030 dalam Belanjawan 2024 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan sebahagian daripada butiran terperinci mengenai peruntukan pelaburan bagi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dalam pengumuman Bajet 2024.

NIMP 2030 tingkatkan nilai sektor pembuatan kepada RM587.5 bilion - PM Anwar
Pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP 2030) akan memerlukan kos sekitar RM95 bilion bagi tempoh masa tujuh tahun.

NIMP 2030 laluan kepada peningkatan selanjutnya perindustrian Malaysia - Tengku Zafrul
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk membentuk sektor pembuatan yang kukuh dan berdaya tahan, menawarkan manfaat menyeluruh kepada pelbagai pihak berkepentingan.

NIMP 2030 akan letakkan semula Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau - PM Anwar
Pelan itu merupakan sebahagian komponen Ekonomi MADANI, yang akan menghidupkan semula sektor pembuatan.