[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
GADGETS

Nintendo boleh matikan konsol pengguna jika perisian digodam dan cetak rompak dikesan

Amanz 14/05/2025 | 06:00 MYT
Nintendo mengemas kini perjanjian pengguna mereka dengan syarat baharu yang membolehkan syarikat mematikan konsol yang diubah suai untuk permainan cetak rompak. -Gambar fail/Reuters
KONSOL permainan video Nintendo Switch 2 akan dilancarkan tidak lama lagi untuk pasaran Amerika Syarikat, Jepun dan beberapa kawasan lain.

Ringkasan AI
  • Nintendo Switch 2 akan dilancarkan tidak lama lagi di beberapa pasaran utama, dan Nintendo telah mengemas kini perjanjian pengguna mereka dengan syarat baharu yang membolehkan syarikat mematikan konsol yang diubah suai untuk permainan cetak rompak.
  • Kemas kini EULA ini juga bertujuan mengelakkan tindakan undang-undang seperti saman berkumpulan dan perbicaraan juri, serta menetapkan penyelesaian isu melalui khidmat pelanggan.
  • Walaupun langkah ini dilihat melindungi hak Nintendo, ia dianggap antipengguna dan mungkin mempengaruhi keputusan pembelian sesetengah pengguna yang masih ragu-ragu.

Baru-baru ini, syarikat permainan video dari Jepun tersebut dilaporkan telah mengemas kini dokumen perjanjian pengguna (End User License Agreement) mereka dengan beberapa butiran baru yang sedikit merisaukan.
Ia dilaporkan bahawa dengan pelancaran konsol Nintendo Switch 2 kelak, sekiranya syarikat tersebut mengesan bahawa konsol tersebut telah diubah suai untuk membolehkan permainan cetak rompak dimainkan, syarikat berhak untuk mematikan konsol tersebut tanpa kebenaran atau pengetahuan pihak pengguna.
Dokumen perjanjian pengguna tersebut juga telah dikemas kini, pertama untuk mengelakkan Nintendo daripada dikenakan saman tuntutan mahkamah berkumpulan (class-action lawsuit) ataupun tuntutan mahkamah di hadapan juri untuk negara-negara seperti Amerika Syarikat yang mengamalkannya.
Kemas kini ini akan dikuasakan untuk kedua-dua pihak pengguna dan juga Nintendo, yang juga tidak akan menyaman pengguna di mahkamah tentang isu yang berkaitan dengan penggunaan konsol mereka.
Nintendo mengatakan bahawa sebarang kegusaran boleh diselesai menggunakan khidmat pelanggan mereka.
Beberapa tahun dahulu, Nintendo pernah disaman kerana isu berkaitan controller drift pada alat kawalan JoyCon mereka, kerana alat kawalan analog yang rosak tidak boleh diperbaiki, dan sebaliknya pengguna perlu membeli aksesori baharu, sebelum kes saman tersebut difailkan.
Walaupun ia merupakan hak Nintendo untuk melindungi IP dan produk mereka, perbuatan ini dilihat sebagai sangat antipengguna.
Dijangka kemas kini kepada EULA ini tidak akan mengubah pendapat dan kehendak peminat untuk membeli konsol terbaru tersebut, tetapi untuk mereka yang masih berada di atas pagar, mereka mungkin akan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. -Amanz
#Nintendo Switch 2 #Cetak rompak #matikan konsol diubah suai #EULA