[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

Nintendo Switch 2 akan tiba di Asia Tenggara 26 Jun ini, Malaysia terkecuali

Amanz 01/06/2025 | 05:00 MYT
Malaysia tidak termasuk dalam pengumuman pelancaran awal kerana konsol tersebut masih dalam proses pengesahan oleh SIRIM. -Gambar fail/Reuters
KONSOL Nintendo Switch 2 akan dilancarkan di Amerika Syarikat dan Jepun minggu hadapan, 5 Jun, dan terkini butiran mengenai kehadirannya di pasaran Asia Tenggara juga nampaknya sudah diketahui.

Ringkasan AI
  • Nintendo Switch 2 akan dilancarkan di Amerika Syarikat dan Jepun pada 5 Jun 2025, manakala di Singapura, Thailand dan Filipina pada 26 Jun 2025.
  • Malaysia tidak termasuk dalam pengumuman pelancaran awal kerana konsol tersebut masih dalam proses pengesahan oleh SIRIM.
  • Tarikh pelancaran di Malaysia dijangka antara Julai hingga September 2025, namun harga jualan tempatan masih belum diumumkan.

Untuk negara-negara Singapura, Thailand dan Filipina, Nintendo telah mengesahkan bahawa konsol tersebut akan hadir pada 26 Jun 2025 kelak.
Walaupun sebelum ini Nintendo telah mengesahkan bahawa konsol ini akan memasuki pasaran tempatan, nampaknya nama Malaysia telah terlepas daripada pengumuman tersebut.
Menurut laporan Lowyat.Net, perkara ini adalah kerana konsol tersebut nampaknya masih lagi sedang melalui proses pengesahan di SIRIM sebelum ia boleh diperkenalkan dan dijual di pasaran Malaysia.
Mungkin ini adalah mengapa di laman web Nintendo Switch 2 untuk Malaysia, tarikh yang diperlihatkan untuk konsol ini masih diletakkan sebagai Julai ke September 2025.
Buat masa ini, tanda harga jualan konsol tersebut untuk pasaran tempatan juga tidak diketahui lagi. -Amanz
#Nintendo Switch 2 #konsol #pelancaran awal #Tarikh pelancaran di Malaysia #Sirim