Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
GADGETS

Nintendo Switch Online, eShop dilancar di Malaysia

Amanz 19/11/2025 | 11:22 MYT
Nintendo eShop dilancarkan di Malaysia, membolehkan pengguna membeli permainan video secara digital, memuat turun DLC, dan menguruskan keahlian Nintendo Switch Online. -Foto Amanz
Seperti yang telah diumumkan pada bulan lalu, Nintendo Switch Online dan Nintendo eShop dilancarkan di Malaysia hari ini.


Ringkasan AI
  • Nintendo eShop dilancarkan di Malaysia, membolehkan pengguna membeli permainan video secara digital, memuat turun DLC, dan menguruskan keahlian Nintendo Switch Online.
  • Langganan Nintendo Switch Online bermula dari RM13 sebulan dan RM89 setahun, sementara langganan Nintendo Switch Online Expansion Pack bermula dari RM179 setahun.
  • Pelanggan dapat menikmati akses kepada lebih 250 permainan klasik konsol Super Nintendo Entertainment System, Game Boy, dan Nintendo Entertainment System menerusi Nintendo Switch Online.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menerusi Nintendo eShop, pengguna boleh melakukan pembelian dan memuat turun permainan video secara digital, memuat turun DLC dan menguruskan keahlian Nintendo Switch Online.

Kesemua permainan dan langganan Nintendo Switch Online disenaraikan dalam mata wang Malaysia.

Di Malaysia langganan Nintendo Switch Online ditawarkan bermula RM13 sebulan dan meningkat ke RM89 untuk setahun.

Sementara itu langganan Nintendo Switch Online + Expansion Pack pula ditawarkan pada harga bermula RM 179 untuk langganan setahun.

Langganan untuk keluarga juga boleh dilakukan dengan harga bermula RM 169.

Menerusi Nintendo Switch Online, pelanggan boleh menikmati sesi permainan atas talian disamping akses kepada lebih 250 permainan klasik konsol Super Nintendo Entertainment System, Game Boy, dan Nintendo Entertainment System.

Pelanggan Nintendo Switch Online + Expansion Pack turut menerima akses permainan Game Boy Advance dan Nintendo 64 games di Nintendo Switch.

Di Nintendo Switch 2 pula, akses permainan Nintendo GameCube juga boleh diakses.

Data permainan turut boleh disimpan ke awanan, akses kepada GameChat (hanya di Switch 2) dan menikmati perkhidmatan Nintendo Music di telefon pintar. -Amanz






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah harga langganan Nintendo Switch Online di Malaysia?
    A: Langganan Nintendo Switch Online bermula dari RM13 sebulan dan RM89 setahun.
  • Q: Apa perbezaan antara langganan Nintendo Switch Online dan Nintendo Switch Online Expansion Pack?
    A: Langganan Nintendo Switch Online Expansion Pack menawarkan akses kepada permainan Game Boy Advance dan Nintendo 64 games di Nintendo Switch dengan harga bermula dari RM179 setahun.
  • Q: Apa kelebihan yang boleh dinikmati oleh pelanggan Nintendo Switch Online?
    A: Pelanggan dapat menikmati akses kepada lebih 250 permainan klasik konsol Super Nintendo Entertainment System, Game Boy, dan Nintendo Entertainment System menerusi Nintendo Switch Online.



#Nintendo eShop #permainan video #Nintendo Switch Online Expansion #Nintendo Switch Online