MALAYSIA
‘No one left behind’, BPR jadi panduan utama malim gunung
Mohd Hafifi berkata Buddies, Pace dan Regroup menjadi antara strategi utama yang diamalkan oleh malim gunung dalam memastikan keselamatan pendaki. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pendekatan keselamatan yang dikenali sebagai BPR atau singkatan kepada Buddies, Pace dan Regrorup menjadi antara strategi utama yang diamalkan oleh malim gunung dalam memastikan keselamatan peserta pendakian sentiasa terpelihara.
Setiausaha Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Mohd Hafifi Mohd Nor berkata strategi itu dilaksanakan bersama prinsip ‘No one left behind’, yang menekankan agar tiada peserta ditinggalkan bersendirian sepanjang ekspedisi.
"Kita menggunakan juga BPR, iaitu Buddies, Pace dan Regroup. Buddy ini bermaksud, kita dilarang untuk membenarkan mana-mana peserta mendaki secara keseorangan. Bertiga adalah yang terbaik, ataupun berempat atau berkumpulan.
"Yang seterusnya adalah Pace, yang mengambil kira langkah di antara orang belakang ataupun dengan orang depan. Kena satu kumpulan. Sebab kita naik satu kumpulan, kita kena turun satu kumpulan. Kemudian, sekali ada regroup (berkumpul semula) sekurang-kurangnya setiap 30 minit hingga satu jam.
"Jarak perjalanan sejauh 100 meter di dalam hutan hujan tropika dianggap terlalu jauh dan berisiko tinggi, berbanding kawasan terbuka," jelasnya kepada Astro AWANI.
Katanya lagi, peserta yang berada di hadapan perlu menunggu peserta di belakang setiap sejam sebelum meneruskan perjalanan yang mana langkah ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecemasan serta memastikan keselamatan semua peserta sentiasa terjamin.
Peserta yang berada di hadapan akan menunggu peserta di belakang setiap satu jam sebelum meneruskan perjalanan dan tindakan ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecemasan serta memastikan keselamatan semua peserta sentiasa terpelihara.
Beliau turut menekankan bahawa disiplin dan pematuhan kepada prosedur keselamatan adalah kunci kepada kejayaan setiap ekspedisi pendakian, terutama di kawasan berisiko tinggi seperti hutan hujan tropika dan pergunungan.