Kerajaan dicadangkan supaya mewujudkan jawatan jurucakap ketika berdepan sesuatu krisis seperti Jerebu yang melanda negara sekarang bagi mengelakkan berlakunya kenyataan yang bercanggah jika terdapat isu-isu yang merentasi kementerian.
Penganalisis politik, Norizan Shariff atau Nobisha berpendapat jika tidak diwujudkan jawatan jurucakap kerajaan dalam menangani sesuatu isu ia boleh mengelirukan rakyat terutamanya jika isu tersebut melibatkan banyak kementerian.
Katanya jerebu merupakan satu contoh krisis atau isu yang memerlukan satu jurucakap untuk mengeluarkan kenyataan mewakili kementerian yang terlibat dan boleh mengelakkan berlakunya percanggahan kenyataan.
Beliau juga menegaskan jawatan jurucakap kerajaan itu tidak akan mengurangkan peranan menteri kerana ia hanya melibatkan isu-isu tertentu sahaja.
"Kalau kita lihat bila berlakunya jerebu ia melibatkan banyak kementerian antaranya Kementerian Pedidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, jadi kalau tidak ada seorang jurucakap kerajaan, kenyataan yang dibuat boleh mengelirukan orang ramai.
"Kalau kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ternyata bercanggah antara satu sama lain dan mengelirukan orang ramai, terutama sama ada sekolah perlu dibuka atau ditutup.
"Sekarang ibu bapa tertanya-tanya, apakah sekolah perlu dibuka atau ditutup, kerana setiap kementerian mengeluarkan kenyataan yang berbeza kerana tidak ada seorang yang diberi kuasa untuk membuat kenyataan mewakili semua kementerian yang terlibat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Nobisha menjelaskan jawatan jurucakap kerajaan tidak semestinya diberikan kepada menteri sebaliknya perlu diserahkan kepada seorang penjawat awam yang mampu berkomunikasi dengan baik dan diyakini.
Beliau sebelum ini pernah mencadangkan supaya kerajaan melantik seorang jurucakap kerajaan dalam menangani sesuatu krisis yang merentasi kementerian.
Kekeliruan mula timbul ketika jerebu melanda negara bila sekolah di Lembah Kelang diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan pada Isnin ketika Indeks Pencemar Udara (IPU) mencatatkan 133 pada petang Ahad.
Namun Kementerian Pendidikan pada Isnin mengeluarkan kenyataan bahawa sekolah-sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU mencecah bacaan melebihi 250.
Sebelum itu, Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan menjelaskan ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah jika merasakan kesihatan akan terjejas dengan keadaan jerebu yang sedang melanda sekarang.
Ibu bapa dinasihatkan memaklumkan kepada pihak sekolah jika berhasrat untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah ketika krisis jerebu melanda.
Irwan Muhammad Zain
Mon Jun 24 2013
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly
KKM menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal membayar bil.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.