awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta

Bernama
Bernama
01/12/2024
00:00 MYT
NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Nanta (tengah) meninjau lokasi projek rintis produk Teknologi Tebatan Banjir atau NoFloods di Jalan Seberang Jerteh ke sempadan Kelantan, di Jerteh, semalam. --fotoBERNAMA
JERTEH: Projek rintis produk Teknologi Tebatan Banjir atau NoFloods yang kini di peringkat bukti konsep (POC) dilihat berkesan dalam menangani masalah banjir dan meminimumkan impak jalan terputus akibat bencana itu.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata produk sepanjang 300 meter itu, yang mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di sini dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025, adalah hasil kerjasama Kementerian Kerja Raya dan syarikat konsesi.
"Hari ini, secara kasarnya saya melihat bagaimana produk ini yang menggunakan teknologi Internet Pelbagai Benda (IOT) berkesan sebagai halangan untuk membantu supaya air tidak mengalir ke jalan. Macam manapun kita masih kena tunggu laporan penuh.
"Ia guna teknologi di mana air masuk ke dalam paip besar yang boleh jadi penghalang aliran banjir dan dengan IOT, ia pintar sebab boleh beri maklumat secara masa nyata melalui aplikasi," katanya kepada pemberita selepas meninjau produk itu di sini semalam.
Mengulas mengenai keberkesanan produk dari Denmark itu sepanjang tempoh pemasangan di lokasi, beliau berkata NoFloods mampu menampung ketinggian aras air banjir hingga 1.2 meter dan catatan paras air yang direkod ialah 0.9 meter dari aras tanah.
"Ia dipasang di lokasi terpilih yang dirasakan memerlukan... ia macam jambatan bailey yang dipasang hanya untuk sementara waktu dan bukan kekal," katanya.
Nanta juga berkata pihaknya akan melakukan kerja penyelenggaraan infrastruktur jalan raya yang rosak akibat banjir di Terengganu pada 2025.
"Tiga lokasi yang menjadi keutamaan ialah Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (FT003) di Seksyen 463-465; Jalan Bukit Besi-Dungun (FT132) di Seksyen 8-10 dan Jalan Jerangau-Jabor (FT14) di Seksyen 117-118.
"Untuk tahun 2025, KKR telah mengenal pasti dan memohon 228 bilangan kerja penyenggaraan berkala turapan bernilai RM301.77 juta dan 197 bilangan kerja berkala bukan turapan bernilai RM46.9 juta bagi Jalan Persekutuan di Terengganu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tebatan banjir
#pengurusan bencana
#Alexander Nanta Linggi
#NoFloods
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan