awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noh kesal Selangor terus politikkan isu PPR Lembah Subang

Bernama
Bernama
18/07/2017
23:00 MYT
Noh kesal Selangor terus politikkan isu PPR Lembah Subang
Menurut Noh (gambar) KPKT telah mengubahsuai sebuah daripada unit rumah di PPR itu untuk dijadikan pejabat bagi memudahkan usaha berurusan dengan penghuni di kawasan itu.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kesal dengan apa yang didakwa tindakan kerajaan Selangor terus mempolitikkan isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 hingga menyukarkan usaha membantu penghuninya.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata terbaharu, KPKT menerima notis pengosongan bangunan bertarikh 17 Julai daripada kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mengarahkan kementerian itu mengosongkan ruang pejabat yang didirikan di PPR itu sejak awal tahun ini.
Menurutnya KPKT telah mengubahsuai sebuah daripada unit rumah di PPR itu untuk dijadikan pejabat bagi memudahkan usaha berurusan dengan penghuni di kawasan itu.
"Saya nak tanya kerajaan negeri, mengapa notis pengosongan bangunan dikeluarkan setelah pejabat ini beroperasi hampir tujuh bulan, dan bukannya semasa kerja-kerja pengubasuaian bangunan dibuat," katanya dalam sidang media selepas melawat tapak Projek Taman Sungai Yu Indah di sini pada Selasa.
Noh turut mendakwa MBPJ tidak telus dan profesional apabila mendirikan sebuah pejabat di atas tanah KPKT yang juga terletak bersebelahan pejabat KPKT di PPR itu.
MBPJ dalam notis itu memberikan masa 30 hari kepada KPKT mulai 17 Julai untuk mengosongkan bangunan itu dan jika gagal maka tindakan merobohkan bangunan itu akan dibuat kerana menyalahi Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Bagi kepentingan 10,000 penduduk di 3,000 unit PPR itu, Noh meminta kerajaan negeri Selangor menyerahkan semula pengurusan PPR Lembah Subang 1 kepada kementeriannya.
Katanya, sepanjang berada di bawah pengurusan kerajaan negeri, PPR Lembah Subang 1 telah berdepan dengan masalah sampah, penyelenggaraan lif dan kekurangan kemudahan asas lain.
Noh berkata pihaknya telah membelanjakan lebih RM20 juta daripada RM60 juta yang dituntut kerajaan Selangor bagi proses pengambilalihan pengurusan PPR Lembah Subang 1 yang antaranya melibatkan tunggakan bayaran sewa penduduk PPR itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noh Omar
#politik
#PPR
#Projek Perumahan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan