GADGETS
Nokia pisahkan perniagaan AI, sasar rangkaian 6G berasaskan AI
Nokia akan membahagikan operasinya kepada dua unit: perniagaan infrastruktur rangkaian yang menawarkan perkhidmatan AI dan pusat data, serta unit infrastruktur mudah alih untuk telekomunikasi. -Gambar fail/Amanz
SEMAKIN banyak syarikat teknologi menjenamakan semula imej sebagai syarikat kecerdasan buatan (AI). Antara contoh ketara ialah CoreWeave yang bermula sebagai syarikat kripto sebelum beralih kepada penyedia pusat data AI.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Nokia, jenama sinonim dengan telekomunikasi dan telefon mudah alih, turut mengumumkan penstrukturan semula untuk memisahkan perniagaan AI.
Nokia akan membahagikan operasinya kepada dua unit: perniagaan infrastruktur rangkaian yang menawarkan perkhidmatan AI dan pusat data, serta unit infrastruktur mudah alih untuk telekomunikasi.
Langkah ini dijangka meningkatkan keuntungan operasi kepada EUR 3.2 bilion menjelang 2028.
Integrasi AI akan menjadi komponen utama dalam pembangunan rangkaian 6G bagi menyokong peranti AI yang memerlukan penghantaran data berkapasiti tinggi.
Bulan lalu, dilaporkan NVIDIA melabur AS$1 bilion untuk memperkukuh pembangunan rangkaian 6G berasaskan AI bersama Nokia.
Nokia turut melancarkan Nokia Defense yang menawarkan teknologi rangkaian gred ketenteraan.
Pada masa sama, Kesatuan Eropah menggandakan usaha mengharamkan kelengkapan buatan China seperti Huawei dan ZTE atas faktor keselamatan, sekali gus membuka peluang kepada syarikat telekomunikasi Eropah. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Syarikat teknologi semakin menjenamakan semula diri sebagai syarikat kecerdasan buatan (AI) dengan contoh CoreWeave dan Nokia yang mengumumkan penstrukturan untuk fokus kepada perniagaan AI.
- Nokia akan memisahkan operasinya kepada dua unit, iaitu perniagaan infrastruktur rangkaian AI dan pusat data, serta unit infrastruktur mudah alih untuk telekomunikasi, dengan matlamat meningkatkan keuntungan operasi kepada EUR 3.2 bilion menjelang 2028.
- Integrasi AI menjadi fokus penting dalam pembangunan rangkaian 6G untuk menyokong peranti AI yang memerlukan penghantaran data berkapasiti tinggi, dengan NVIDIA melabur AS$1 bilion bersama Nokia untuk pembangunan rangkaian 6G berasaskan AI.
Nokia, jenama sinonim dengan telekomunikasi dan telefon mudah alih, turut mengumumkan penstrukturan semula untuk memisahkan perniagaan AI.
Nokia akan membahagikan operasinya kepada dua unit: perniagaan infrastruktur rangkaian yang menawarkan perkhidmatan AI dan pusat data, serta unit infrastruktur mudah alih untuk telekomunikasi.
Langkah ini dijangka meningkatkan keuntungan operasi kepada EUR 3.2 bilion menjelang 2028.
Integrasi AI akan menjadi komponen utama dalam pembangunan rangkaian 6G bagi menyokong peranti AI yang memerlukan penghantaran data berkapasiti tinggi.
Bulan lalu, dilaporkan NVIDIA melabur AS$1 bilion untuk memperkukuh pembangunan rangkaian 6G berasaskan AI bersama Nokia.
Nokia turut melancarkan Nokia Defense yang menawarkan teknologi rangkaian gred ketenteraan.
Pada masa sama, Kesatuan Eropah menggandakan usaha mengharamkan kelengkapan buatan China seperti Huawei dan ZTE atas faktor keselamatan, sekali gus membuka peluang kepada syarikat telekomunikasi Eropah. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah contoh syarikat teknologi yang menjalankan penstrukturan semula untuk menekankan kepentingan kecerdasan buatan (AI)?
A: CoreWeave dan Nokia merupakan contoh syarikat teknologi yang menjalankan penstrukturan semula untuk menekankan kepentingan kecerdasan buatan (AI). - Q: Bagaimanakah langkah penstrukturan semula yang diumumkan oleh Nokia akan mempengaruhi operasinya?
A: Nokia akan memisahkan perniagaannya kepada dua unit iaitu perniagaan infrastruktur rangkaian untuk AI dan pusat data, serta unit infrastruktur mudah alih untuk telekomunikasi, dengan jangkaan meningkatkan keuntungan operasi kepada EUR 3.2 bilion menjelang 2028. - Q: Apakah tujuan integrasi kecerdasan buatan dalam pembangunan rangkaian 6G yang disokong oleh Nokia?
A: Integrasi kecerdasan buatan dalam pembangunan rangkaian 6G bertujuan untuk menyokong peranti AI yang memerlukan penghantaran data berkapasiti tinggi.