awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Nombor Bil' dijadikan mandatori mulai esok - LHDN

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
31/12/2022
03:40 MYT
'Nombor Bil' dijadikan mandatori mulai esok - LHDN
Bayaran boleh dibuat secara dalam talian atau melalui kaunter Pusat Bayaran HASiL dan bank-bank ejen. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: 'Nombor Bil' akan digunakan sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem, berkuatkuasa 1 Januari 2023.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, maklumat berkaitan nombor bil boleh diperoleh melalui Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/.
"Bayaran boleh dibuat secara dalam talian atau melalui kaunter Pusat Bayaran HASiL dan bank-bank ejen dan untuk tujuan itu pembayar cukai peerlu mencetak slip bayaran atau muat turun nombor bil yang diperlukan dengan mengimbas Kod QR yang dipaparkan pada slip bayaran berkenaan.
"Bagaimanapun, dalam tempoh peralihan kepada penggunaan nombor bil, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Rujukan Cukai masih boleh digunakan dalam urusan pembayaran cukai langsung yang berkaitan sehingga 30 Jun 2023," katanya pada Sabtu.
Kata LHDN, sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Hasil Care Line di talian 03-89111000, Hasil Live Chat dan Borang maklum balas di portal rasmi HASiL.
Topic Berkaitan
#Nombor Bil
#cukai
#LHDN
#kod QR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan