awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Myanmar berusaha ganti tanaman candu dengan tanaman tunai
DUNIA
Anwar dan Prabowo: Dua sahabat, satu rantau, satu harapan
MALAYSIA
Kekangan kewangan dihadapi remaja ke IPG dapat perhatian Menteri Pendidikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Nooh Gadot diangkat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Seth Akmal
Seth Akmal
27/06/2025
02:20 MYT
Sponsor Banner
Nooh Gadot diangkat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Sultan Ibrahim (dua dari kanan) berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan kepada Nooh (dua dari kiri) di Kuala Lumpur, hari ini. Hadir sama Perdana Menteri Anwar (kiri) dan Mohd Na'im. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang juga bekas Mufti Johor ke-11, Datuk Dr Nooh Gadot ditabalkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 1447 H.
Penerima Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa bagi tahun ini pula dianugerahkan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan hadiah kepada kedua-dua tokoh tersebut pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 H pada tahun ini yang diadakan di Malaysia International Trade And Exhibition (MITEC), hari ini, dengan tema “Membangun Ummah Madani.”
Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Tunku Temenggong Johor, Tengku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Setia Mohd Na'im Mokhtar serta barisan Menteri Kabinet.
Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah (dua dari kiri) menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa daripada Sultan Ibrahim. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah (dua dari kiri) menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa daripada Sultan Ibrahim. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Nooh yang berasal dari Segamat, Johor itu menjawat sebagai Mufti Johor pada 1 Disember 1999 dan bersara wajib pada 7 Januari 2002.
Pada 2008 beliau telah dilantik oleh Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar Shah Sultan Ismail selaku Penasihat Majlis Agama.
Sultan Iskandar turut berkenan menamakan sebuah masjid di Kampung Serkat, Pontian dengan nama Masjid Dato’ Haji Nooh Gadot.
Sementara itu, penerima Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa bagi tahun ini, Dr Tawfiq pula menjawat Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi sejak 2021.
Beliau turut dikenali sebagai tokoh reformis yang berpengaruh dalam transformasi sektor kesihatan dan perindustrian Arab Saudi.
Malaysia memberi anugerah tersebut sebagai menghari peranan penting beliau dalam memodenkan perkhidmatan jemaah melalui inisiatif digital dan kerjasama antarabangsa selaras dengan matlamat VIsi Saudi 2030.
Topic Berkaitan
#Maal Hijrah 1447
#Nooh Gadut
#Tokoh Maal Hijrah
#Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami