awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Nor Azimah dipercayai masih berada di Madinah' - Reezal Merican

Bernama
Bernama
05/01/2016
14:09 MYT
'Nor Azimah dipercayai masih berada di Madinah' - Reezal Merican
REEZAL: 'Nor Azimah dipercayai masih berada di Madinah' - Gambar fail
Nor Azimah Ibrahim, rakyat Malaysia yang dilapor hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Dis lepas dipercayai masih berada di negara itu, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata Pejabat Konsul Malaysia di Jeddah ketika ini sedang melakukan sedaya mungkin dan bekerjasama dengan polis serta penyiasat di Madinah untuk menjejaki ibu tunggal kepada seorang anak perempuan itu . "Di saat saya bercakap ini pihak berkuasa dan penyiasat di sana percaya Nor Azimah masih berada di Madinah. Namun maklumat-maklumat akan datang mungkin akan mengubah hasil daripada siasatan yang diterima.
"Saya anggap setakat ini biarlah maklumat ini saya maklumkan dahulu, barangkali kalau ada maklumat-maklumat tambahan ia akan diberitahu oleh pihak berkuasa dan pihak kementerian yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Projek Surau Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, di sini hari ini.
Nor Azimah, 31, yang berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Dis.
Pada hari kejadian wanita itu berada dalam keadaan tidak sihat dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah sebelum dilapor hilang ketika berada di Masjid an-Nabawi.
Topic Berkaitan
#Jeddah
#Madinah
#Nor Azimah
#Reezal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan