awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nor Syazlin kekal wakili keluarga Allahyarham Adib

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
12/06/2019
09:40 MYT
Nor Syazlin kekal wakili keluarga Allahyarham Adib
SYAZLIN: Tidak terdapat konflik kepentingan kerana tidak pernah timbul isu untuk keluarga menyaman KPKT atau Bomba. -Astro AWANI
Peguam Nor Syazlin Mansor akan terus mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam prosiding inkues.
Jelasnya, ia atas permintaan bapa Allahyarham, selain faktor hubungan yang rapat antara Syazlin dan keluarga Allahyarham.
Menurutnya, arahan Peguam Negara, Tommy Thomas bagi menamatkan perkhidmatannya mewakili tiga pihak berkepentingan; Kemeterian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga Allahyarham atas empat alasan adalah tidak berasas sama sekali.
Jelasnya, arahan itu seolah-olah mempersoalkan pertimbangan profesional dan integritinya.
"Saya ingin menegaskan bahawa tidak terdapatnya konflik kepentingan kerana tidak pernah timbulnya isu untuk keluarga menyaman KPKT atau Bomba.
"Ini adalah kerana teori arwah dilanggar oleh bomba merupakan teori tidak berasas, yang mana teori tersebut dibuat oleh pihak yang tidak terlibat dengan prosiding inkues. Ini juga bukan teori yang telah dibuat oleh HKL," katanya dalam satu sidang media khas, di sini, pada Rabu.
Nor Syazlin turut mendakwa terdapat cubaan mengganggu prosiding inkues, terutama berkaitan keterangan yang dikemukakan oleh saksi pakar Prof Dr Shahrom Abd Wahid.
"Saya rasakan pelik apabila saya mula menyoal teori pakar forensik patologi HKL, dan membawa saksi pakar Prof Dr Shaharom, untuk membantu inkues, isu konflik kepentingan dan pelantikan saya baru dibangkitkan," katanya.
Pada masa sama, Syazlin turut mempersoalkan tindakan Peguam Negara yang mengaitkan jawatan suaminya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri KPKT sebelum ini, sambil menyifatkan ia sebagai berniat jahat.
Sebelum ini, Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu kenyataan menjelaskan Syazlin seharusnya menolak pelantikan kerajaan kerana wakil bagi kementerian dan badan kerajaan perlu dilantik oleh peguam negara, iaitu pendakwa raya.
Topic Berkaitan
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#keluarga
#kerajaan
#Malaysia
#Media
#menteri
#Peguam Negara
#Syazlin Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan