Nanas dan sambutan Aidilfitri sememangnya tidak dapat dipisahkan memandangkan ia bahan utama untuk menghasilkan beberapa jenis kuih-muih dan biskut apabila perayaan itu tiba.
Bagaimanapun, penjualannya terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sebilangan pekebun tanaman itu mengambil inisiatif untuk menukar kaedah jualan demi kelangsungan hidup.
Pengusaha tanaman nanas Mohd Fairuz Mohd As'ari berkata setelah 10 tahun menanam nanas di kebunnya di Jalan Muar-Air Hitam, di sini, inilah kali pertama beliau menjual kebanyakan hasil tanamannya secara dalam talian berbanding menjual kepada pemborong dan pembekal sebelum ini.
"Pada mulanya saya agak kekok untuk melaksanakan perniagaan secara dalam talian termasuklah kaedah promosi nanas dengan menggunakan beberapa laman sosial dan aplikasi telefon pintar, namun setelah hampir dua bulan, ia sudah menjadi rutin dan lebih memudahkan.
"Saya agak bimbang berlakunya lambakan nanas apabila tibanya Syawal tahun ini pada asalnya tetapi jangkaan berkenaan meleset apabila permintaan tetap ada walaupun perniagaan dilakukan bukan seperti kebiasaan," katanya pada Isnin.
Sebaik promosi dalam talian dilakukan, Mohd Fairuz, 35, agak terkejut apabila menerima lebih ramai pembeli terutamanya mereka yang mahu mendapatkan secara terus daripadanya secara kecil-kecilan.
Malah, beliau menghantar sendiri pesanan berkenaan kepada pelanggan.
Beliau yang memiliki kira-kira 10 ekar (4.047 hektar) kebun nenas berkata kebanyakan hasil tanamannya itu akan dijadikan jem oleh pelanggan apabila tiba Aidilfitri bagi menghasilkan beberapa jenis kuih popular seperti tat nenas, tat gulung, bahulu lapis dan bahulu gulung.
Katanya, jualan tanamannya hanya terjejas pada awal pelaksanaan PKP, namun kini trend jualan itu hampir kembali normal melainkan untuk pasaran eksport yang masih tertangguh.
"Saya menanam tiga jenis nenas iaitu MD2, Josapine dan Morris, yang mana kini jualan nenas berkenaan mencecah 100 kilogram setiap hari, kurang sedikit daripada sebelum PKP, namun dijangkakan akan meningkat pada minggu hadapan.
"Saya juga berterima kasih kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang turut membeli sebahagian hasil tanaman saya kali ini bagi mengelakkan berlakunya lambakan terutamanya bagi jumlah nenas yang kebiasaannya dieksport," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020

Mohd Fairuz berkata jualan tanamannya hanya terjejas pada awal pelaksanaan PKP, namun kini trend jualan itu hampir kembali normal. Gambar fail

Cabar proklamasi darurat bukti Anwar utamakan politik peribadi - MPT Bersatu
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar proklamasi darurat melalui mahkamah jelas memperlihatkan sikapnya yang lebih mementingkan agenda politik peribadi.

Bunuh kucing | Broker wanita mengaku tidak bersalah
Seorang broker wanita, Hah Choy Kheng, 52 tahun mengaku tidak bersalah memukul seekor kucing betina dan anak kucing sehingga mati pada Disember lalu.

Minyak Masak | Kenaikan harga antara RM1 hingga RM1.50
Minyak masa di Hulu Terengganu didapati terdapat kenaikan harga hasil tinjaun di sebuah pasar raya

COVID-19 | PKP 2.0 di Seremban, Port Dickson bermula Selasa
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Proklamasi darurat | Khairuddin kemuka saman pemula kepada Muhyiddin, Kerajaan Malaysia
Bekas Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi, di sini pada Isnin terdapat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia berhubung Proklamasi Darurat.

Laporan Khas | Hutan Pantai diancam kepupusan
Naib Pengerusi Persatuan Pembela Alam Semulajadi dan Samudera (NOAS), Ibrahim Ngah Ahmad berkata, ini kerana, hutan tersebut merupakan yang terbesar dan mempunyai kepelbagaian khazanah termasuk hutan bukit, hutan pantai dan hutan bakau.

Teknologi | Pasaran peranti pintar boleh pakai berkembang pesat
Peranti pintar boleh pakai kini menjadi fenomena di China selaras dengan kesedaran penduduknya terhadap kesihatan dan jualannya terus meningkat dengan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir.

Gempa Sulawesi: Angka korban meningkat kepada 84
Gempa di Kepulauan Sulawesi Indonesia Jumaat lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 84 mangsa setakat Isnin.

COVID-19 | Makmal gelembung udara bantu percepat ujian COVID-19
Makmal gelembung udara hasil inovasi Universiti Tongji, Shanghai membantu mempercepatkan proses ujian asid nukleik dalam usaha China mengekang penularan COVID-19. Makmal mudah alih itu sehingga kini berjaya memproses hampir satu juta sampel setiap hari.

COVID-19: Ini kriteria dan langkah pengasingan diri di tempat kediaman
Pengurusan kes yang telah disahkan positif COVID-19 boleh dilaksanakan di tempat kediaman berdasarkan penilaian awal yang dijalankan oleh petugas kesihatan COVID-19 Assessment Centre (CAC).

Selepas selamatkan adik, si abang pula dikhuatiri dihanyut arus dan lemas
Mohd Naqiuddin Adnan, 16 tahun, baru sahaja menyelamatkan adiknya yang terjatuh dalam parit dan berjaya membawanya ke tebing parit.

Banjir: Perak, Pahang, Terengganu, Selangor catat peningkatan, Johor dan Kelantan menurun
Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,237 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,011 orang petang semalam melibatkan empat buah daerah dengan kesemuanya ditempatkan di 13 pusat pemindahan.

Dihanyut arus bersama kereta, mayat Md Rajihan ditemui
Seorang lelaki yang hilang dihanyut bersama kenderaannya sejak Sabtu, dijumpai petang Isnin.

COVID-19: Sembilan lagi kluster baharu disahkan, ini perinciannya...
Sembilan kluster baharu disahkan pada Ahad membabitkan enam negeri iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus bersama kereta
Kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang ketika, Md Rajihan Junaidi, 28, sedang melalui jalan berkenaan bersama isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 25, dengan memandu kereta.

Mangsa banjir di Johor cecah 6,000
Setakat jam 8.30 pagi ini, 5,818 mangsa membabitkan 1,540 keluarga ditempatkan di 56 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah.

Banjir Johor jejas lima daerah, mangsa meningkat 1,780 orang
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan berkata Batu Pahat menyusuli Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Kota Tinggi dilanda bencana itu.

Banjir di Johor memburuk, amaran cuaca peringkat bahaya
Amaran cuaca peringkat bahaya di tiga daerah di Johor iaitu Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, dan amaran cuaca peringkat buruk bagi daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian.

Kerajaan pastikan bekalan kelapa dalam negara mencukupi
MAQIS diminta mengambil langkah proaktif di pintu masuk utama di Pelabuhan Batu Pahat, Johor dan Pelabuhan Klang, Selangor.

PKPB di Tongkang Pechah dilaksanakan bermula 29 November
Keputusan tersebut selepas sebanyak 56 kes positif COVID-19 dikesan di kawasan tersebut, setakat ini.